Smach Dalam Kenangan 4: Mudin

Antara kesan Smach yang paling besar kepada diri aku, ada pada nama aku sendiri. Mudin. Ya, nama ini aku dapat di Sain Mache. Ibu bapa aku tak bagi nama ini. Dan aku tak pernah mendengar orang memanggil aku dengan nama ini sehinggalah aku berusia melepasi 12 tahun. Sain Mache yang memberikan aku nama ini.

Aku tidak ingat siapa yang memulakan, mahupun bagaimana ia bermula. Mungkin kerana dikalangan batch aku, terlalu ramai Din. Ada Najmuddin (Mudin), Nasirudin (Sudin Nyamuk), Shamsudin Zakir (Sudin Zakir), Shamsudin Senawi (Sudin Senawi), Zainuddin (Nudin), Khairuddin, Fakarudin (Pok Od?). Ada lagi ker? Tambahlah kalau aku tertinggal. Mungkin sebab itu maka aku mula dipanggil Mudin, bukan lagi Din.

Apabila meninggalkan Sain Mache, menyertai perintis program Matrikulasi KPM di KYPM Bangi, ada 8 orang pelajar Smach yang bersama aku. Maka aku terus dipanggil Mudin. Ia sudah sebati dengan diri aku. Maka di KYPM Bangi, aku tetap Mudin.

Berpindah ke MMU, aku tinggal serumah dengan 3 orang bekas pelajar KYPM Bangi, yang telah mengenali aku sebagai Mudin. Maka Mudinlah aku dipanggil.

Nasib baik apabila aku masuk ke alam kerjaya, tiada lagi pengekor-pengekor ini. Maka aku jadi Din kembali. Dikalangan orang yang tidak mengenali aku sebagai Mudin, aku perkenalkan diri sebagai Din sahaja. Dan bila berada di Siemens, yang pekerjanya berbilang bangsa termasuk orang-orang yang tak tahu berbahasa Melayu, mereka lebih senang memangil aku dengan nama Din. Ringkas. Nak menyebut Najmuddin berbelit lidah. Kadang-kadang jadi Najamudin, kadang-kadang Najimudin, dan kadang-kadang Namudin. Din sajalah! Kan senang.

Hujung minggu ini, bertempat di Pantai Balok, Kuantan, aku akan bertemu kembali dengan manusia-manusia yang bertanggungjawab memberi nama Mudin kepada aku. Mereka ialah Smachian 94-98. Kita jumpa disana!!!

Oh ya, sila baca hasil kerja Sheih yang terbaru ini, terutamanya bagi anak-anak Kelantan!

Advertisements

17 Respons

  1. mujud tak panggel mud.

  2. ada komen pasal budak machang yang sampai herot bibir nyanyi lagu wau bulan di perhimpunan geng keris telanjang dulu.

    cameron hailen panas pasal lojing sudah ditarah abis.
    Lipis sengsara pasal lojing sudah ditarah abis.
    Si mata satu komplen kerajaan pas tak ikut peraturan.

    Agaknya, banjir kat johor, kg sekebun ari tu pun pasal lojing juga.

    Bila husam kata projek lojing diluluskan zaman mat yakkob dulu, terus tibitigasuka cut cerita tu, masuk kisah sidang parlimen. Dengan MP ketereh yang ketuanya dulu, curi duit pprt, tipu tanah orang.

  3. Pakchik, panngil mud tak per, jangan panggil kentut dah la… hahaha!

  4. ooo aku ingta hang memang tok mudin!

  5. Sepanjang hidup Pokcik sampai ke lo nih..Banyok kakloh namo hok Pokcik buleh.. Ashady,Lonjong,Panjang,SiddiQ,Pusit…Tapi hok lekat sampai ke lo nih = SIDDIQ. Tok tau la mari mano namo tuh..Jak jamei sekoloh rendoh lagi namo tu..

  6. KB, aku memang Tok Mudin! Haha!

    Pokcik Ashady, panggil SIDDIQ lah pah ni.. ok?

  7. sedap nama najmudin. yang aku kenal … jadi naj. glamer sikit kot.

  8. Haaaaa!!!! Ingat doh, nama tu Pokcik buleh sempeno namo Tuan SaddiQ Sigaraga.. Saudagar barang purba…Memang sessssswai, sesapa yang berminat dengan barang purba or antik bleh la berkunjung ke galeri Pokcik..Setakat Pokcik baru nak expose burung cenderawasih..

  9. izinni, ya…sedap. 🙂 ada juga orang yang panggil aku naj, tapi tak ramai… hahaha!

    SiddiQ, mahallah!

  10. nasib x dapat nama pelik2…

  11. achik, tu la pasal…

  12. Najm Udeen = The star of Faith = Bintang Keimanan. Semoga sentiasa dan semakin kental dalam iman.

    Nama tu doa. Memandangkan dah tau nama betul tu .. saya panggil najmudin la ek. mudin tu gelaran budak nakal. hahahahha

  13. izinni, terima kasih. 🙂

  14. Mudin tu gelaran bagi ahli persunatan @ perjawian.. Err..mudin ker mudin hah ??

  15. Tok Mudin kot.. 🙂

  16. hang dah daftar ko nak jd tok mudin kt klate…cini lau tok mudin budak2 takut..pangil din je bijok cikit,..he3x

  17. spongebob, apa-apa ajelah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: