Balok ’07


Hujung minggu lalu, kami ke Pantai Balok, Kuantan. Menyertai Reunion Smachian SPM 98. Kedua-dua kami, Abu Adam dan Ummu Adam adalah bekas pelajar SM Sains Machang 1994-1998. Ini adalah kali pertama kami menyertai program reunion sebegini secara sepenuh masa.

Jumaat (30/3/07) petang lagi kami telah meninggalkan kediaman kami di Shah Alam. Menjenguk Ma di rumah Noor di Tmn Melawati dan terus bermalam di sana.

Sabtu.
Bangun awal pagi, termasuk Adam. Sarapan dan terus bergerak ke Greenwood, 2 teman (Sar & K.Long) menanti di sana. Sampai di tempat berhimpun untuk rombongan dari KL, Burger King sebelum tol Gombak lebih kurang 8.45 pagi. Hanya satu kereta yang sudah sampai (Amnah & Ahkima).

Mana yang lain?
2 buah kereta lagi sampai tidak lama kemudian. Ise membawa Zuriman, dan Jedi bersama Miji. Aizi dengan Sele belum sampai. Lama menunggu. Pukul 10 lebih, Sele masih belum sampai. Aizi pula dah masuk ke lebuhraya. Tunggu lepas tol Gombak. Kami bergerak dahulu tanpa Sele, yang kemudiannya berjaya ‘menangkap’ kami di tol Bentong.
Perjalanan diteruskan. Konvoi 6 buah kereta. Berhenti makan tengahari di R&R Gambang. Bostami, Teri, dan Elle menyertai kami di sini.

Balok
Sampai di Balok sudah hampir jam 4 petang. Kami menginap di Muara Beach Resort (not recommended! – perkhidmatan low class, makanan tak sedap). Keletihan. Baring-baring sekejap, mandi. Lepas asar, kami buat aktiviti sendiri. YDP merangkap Pengarah program belum sampai, accident! Dalam jangka masa setahun, dah berapa kali dia accident pun tak tahu la! Hehheh! (Jangan marah ya Edi, pergi mandi bunga nuh!!!)


Main Bola & Tolak Bot
Kami ambil bola, dan bermain di pantainya yang boleh dikatakan cantik. Tak sampai beberapa minit, semuanya sudah mula keletihan. Tapi yang penting, pasukan aku (aku, Sele, Aizi, Che) menang. Walaupun pasukan yang satu lagi ada kelebihan orang. Hahaha!
Sedang kami semua sudah termengah-mengah kepenatan. Memang sudah pancit tahap gabanlah! Entah bagaimana ada sebiji bot nelayan boleh tersangkut di situ. Tiga orang lelaki sedang cuba untuk menolak ia kembali ke laut. Sele yang sentiasa bersemangat itu mengajak untuk kami ikut membantu. Kami pun apa lagi… beramai-ramailah terjun membantu. Padahal semua pun sudah letih yang amat bermain bola. Dah tak ada kederat dah!
Tolak punya tolak entah berapa lama, maghrib pun dah tiba. Tak berganjak juga bot itu. Air dah masuk ke dalam. Sia-sia sahaja. Dalam keletihan, kami beredar. Bot itu di situ juga.

Malam.

Makan malam…barbeku. Tak sedap! Lepas makan. Aktiviti bebas lagi, dan kemudiannya mesyuarat larut malam. Esoknya….

(bersambung…)

[Gambar-gambar adalah dari kamera bertelefon Che Imran]

Powered by ScribeFire.

Advertisements

10 Respons

  1. seronoknya gi reunion. batch aku masa kat sekolah atas bukit tu bila buat reunion balik2 muka yang sama. bosan. yang lain memanjang takde masa. tah apa-apa.

  2. wah msti seronok walaupun leth kn…..

  3. babi la kau din!!!

  4. maap din, aku tarik balik perkataan babi tu..

  5. hehe….

  6. Izinni… seronok :)… biasalah tue.

    spongebob, yerp.

    Pakchik, babi babi jangan main ya… pergi mampus aaa!!! ops… aku tarik balik perkataan mampus tu ye.
    Kau nampak ke aku tarik? hehe!

  7. […] Balok ‘07 (2) (sambungan dari Balok ‘07) […]

  8. […] bintang aku berikan untuk buku ini. Buku ini berjaya aku habiskan di Balok baru-baru ini. Dah lama beli. Disember tahun lalu lagi, tapi baru ada masa nak baca. Aku tak pandai […]

  9. Nak tau member kita amisul azlee dimana sekarang? Ada sape2 yang tau x…..

  10. oopppps not amisul but amirul….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: