Durjana?

Zaman seolah-olah mula terpikat dengan orang yang paling durjana.
Bagaimana dapat kita bangun dari kekakuan ini?

al-Buhturi

Mengikut Kamus Dewan Edisi Tiga, durjana maksudnya jahat atau derhaka. Persoalannya benarkah orang zaman ini cenderung kepada si durjana yang jahat lagi derhaka?

Aku rasa, ada benarnya.

Apabila perompak terus dipilih sebagai pemerintah? Tak tahulah orang itu jadi perompak dahulu kemudian jadi pemerintah, atau kedudukannya sebagai pemerintah yang membolehkannya merompak sewenang-wenangnya?

Yang menjadi persoalannya, apabila sudah jelas mereka ini hanya bercakap kosong dan hanya mengkayakan anak menantu dan pada masa yang sama memiskinkan rakyat, kenapa masih disokong, malah  diampu bodek?

Aku mahu tanya. Jahatkah orang yang memanggil orang lain dengan panggilan babi, orang utan dan orang gila? Durjanakah mereka? Jika durjana, kenapa orang-orang ini yang kamu pilih untuk mewakili kamu?

Mungkin pelajar-pelajar akademi meloncat itu tidaklah sedurjana orang-orang yang jadi pemerintah dan kemudiannya merompak orang yang diperintah. Mungkin mereka hanyalah mangsa sistem pendidikan yang telah didurjanakan oleh manusia yang sepatutnya mendidik mereka menjadi orang yang tidak durjana. Mungkin mereka hanya mangsa syarikat penyiaran durjana yang hanya tahu mengaut keuntungan daripada kedurjanaan masyarakat Melayu. Mungkin mereka hanya mangsa kapitalisme durjana yang melahirkan program akademi meloncat yang durjana itu. Itu aku tidak hairan. Tapi yang menghairankankan aku, kenapa kamu dan kamu dan kamu turut menjadi durjana menghabiskan wang untuk mengundi mereka? Dan mengapa benda-benda durjana ini juga yang kamu bualkan saban hari?

Ah… banyak sungguh kedurjanaan. Baik aku berhenti dulu. Sebelum aku juga menjadi durjana. Persoalannya, bagaimana dapat kita bangun dari kekakuan ini? Jadilah jantan!!!

Powered by ScribeFire.

Advertisements

7 Respons

  1. macam artikel dalam laman marhaen…

    kamus dewan dalam talian
    durjana
    pendurjanaan perihal melakukan perbuatan durjana (derhaka), penderhakaan: ~ terhadap nusa dan bangsa.

  2. Pakchik, ye ke? ada url artikel itu?

  3. durjana. cik kema blurr hari ni 😦

  4. ko masuk blog aku, klik laman marhean la.. senang…

  5. haha.. aku tak check link ko tulih jadilah jantan.. sama la.. kat laman marhaen tu artikel terjemahan bakri musa jugak..

  6. cik kema, kat mana yang blurnya?

    Pakchik, oh… yang itu ka? ok…ok 🙂

  7. […] Hasilnya? Jadilah mereka sebagai binatang-binatang di zoo parlimen.Yang sepatutnya jantan menjadi durjana! […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: