Tuan atau wakil?

‘Machap akan bertuan apabila pilihanraya kecil DUN Machap berlangsung esok’, begitulah lebih kurang kata-kata pelapor Buletin Utama TV3 malam tadi.

Aku kata, apa? TUAN?
Sejak bila pilihanraya diadakan untuk memilih tuan? Bukankah ia untuk memilih WAKIL rakyat? Aku ulang, WAKIL!!!

Atau adakah itu sememangnya mentaliti/persepsi kita orang Malaysia? Bahaya mentaliti itu. Apatah lagi kalau ia dianut oleh orang yang bertanding itu. Andainya menang, menjadi tuanlah mereka. Apabila jadi tuan, sudah tentu peranan sebenar sebagai WAKIL rakyat tidak akan terlaksana.

Apatah lagi, dalam usaha menjadi tuan itu, mereka menggunakan taktik hina yang binatang pun tak sehina itu.

Hasilnya? Jadilah mereka sebagai binatang-binatang di zoo parlimen.Yang sepatutnya jantan menjadi durjana!

Advertisements

6 Respons

  1. patut pun mereka buat sesuka hati.. mereka rasa mereka dah jadik tuan..

  2. herm… penulis berita tu tak faham konteks la.

  3. akibat terlalu nak menggunakan gaya bahasa bombastik.

    dah jadi tuan pun … menang pun depa lepas guna macam2 taktik kotor.

  4. isk kau ni, kan ke mereka sesama menteri pun mereka panggil babi. ini kan pula rakyat… tu pasal dia kata “tuan”

  5. Pakchik, tu la pasal.

    Cik Kema, yang merisaukan, ramai lagi yang ‘berfahaman’ salah seperti itu?

    Izinni, ya ya!

    KB, lama tak muncul? ye lah tu…

  6. aku dah kata
    pangkah jangan tak pangkah
    pangkah-Lah lagi
    kain batik selai, duit RM50,
    habih masa gadai masa depan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: