Hanya PAS yang boikot?

Tahun ini menyaksikan berlakunya 2 pilihanraya kecil (PRK) dan satu lagi bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ketiga-tiganya adalah kerana kematian wakil rakyat BN. Dan kebetulan pula, Batu Talam adalah kerusi PAS, Machap-DAP dan Ijok-PKR.

Apabila PAS membuat keputusan untuk memboikot Batu Talam, aku agak skeptikal. Pada mulanya menganggap ia hanya gimik. Tapi PAS mengotakan apa yang dikata. Batu Talam tetap diboikot. Dan ia disokong oleh parti pembangkang yang lain. (BA masih wujudkah?)

Bila tiba peluang DAP di Machap. Machap tidak diboikot. Begitu juga bila tiba giliran PKR di Ijok. PKR mahu bertanding. (Mungkin mereka menduga mereka boleh menang?) Dan PAS yang memboikot Batu Talam, menyatakan komitmen untuk membantu PKR di Ijok.

Apa sudah jadi? Boikot ke tak boikot? Kalau Pak Penarik Beca yang sudah bertahun-tahun dalam PAS pun boleh kata ‘penin! penin!’, aku yang tak tahu apa-apa ni, bukan setakat pening. Berpusing-pusing kepala otak ni.

Ah! Abaikan saja. Ini hanya luahan budak hingusan seperti aku yang belum mengerti apa-apa…

Powered by ScribeFire.

Advertisements

9 Respons

  1. mereka ngikut sangat lelaki yang kononnya baik tu…
    sekarang ni, dia tak pernah bising pasal dol tu, tapi asik dok serang suami rosmah saja… kan ke pelik tu.. macam nak masuk balik je dalam tong taik tu..

  2. Pakchik, budak hingusan macam aku nak buat apa?

  3. buat tak tau…

  4. Tuan/Puan pemilik blog yang dihormati

    Salam

    Mohon maaf kerana mengacau. Jika Tuan/Puan sudi dan mempunyai masa, harap lawati Malaysiakita. Salam.

  5. aku boikot pilihanraya umum nanti. ko nak join?

  6. Pakchik, aku tanak jadi orang yang tidur.

    Pak Bakaq, terima kasih. Saya telah pun sampai ke sana.

    KB, tengok apa kata mereka…

  7. pakatan ba masih ujud tapi antara pas dan pkr sahaja. kerusi ijok kerusi pkr .. jadi pkr yang buat keputusan. pas hanya boleh memberi cadangan untuk boikot. ikut atau tidak terpulang pada pkr. memandangkan pkr dah nak bertanding … dan ada sebab kenapa mereka bertanding … pas sebagai rakan dalam ba beri komitmen untuk bantu. kemungkinan besar pkr untuk menang .. mungkin ada, sebab pengundi melayu tak puas hati dengan wakil rakyat depa yang mati tu dan undi melayu kat situ 51% lebih. jangan lupa ramai jugak orang ijok kerja luar kawasan mereka .. depa terpaksa bayar tol .. tu ramai gak tak puas hati tu.
    macam di batu talam .. satu malaya kata pas ikut cakap anwar untuk boikot padahal ianya keputusan pimpinan pas.

    kita tunggu dan lihat je la. penamaan calon semalam pun satu malaya dah nampak betapa kotornya suasana. i predict that this would be one of the ruthless and dirtiest by-election we had ever seen after lunas. huhuhuhu …

    adehhhh aku kena berkampung kat lunas .. nak gi ke tak ek? ekekekkee

  8. Izinni, kamu kena berkampung di lunas atau Ijok? atau I joke? :>

  9. hahhaha nampak sangat aku dah mamai .. sorry .. aku mamai sebab kena siapkan 5 CD campaign. hehhee … ijok la .. bukan lunas. mungkin tersasul taip lunas sebab apa yang jadi kat ijok masa hari pencalonan sejibik macam kat lunas. hehhehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: