Pesta Buku 2007

Aku sampai awal di depan The Mall, tempat kami berjanji untuk bertemu. Seawal 9.50 pagi, setelah 40 minit di atas komuter dari Shah Alam. Walaupun setiap hari bekerja menghantar Ummu Adam ke stesen komuter, ini adalah kali pertama aku naik benda alah itu sejak hampir 2 tahun.

Setelah hampir 20 minit menunggu, aku terima SMS ini:

Menyambut ketibaan duli yg maha mulia kingbinjai. haha ko kat mana? Sila angkat tangan

Ces…gila ke apa aku nak angkat tangan sorang-sorang. Haha!
Setelah bertemu, Kingbinjai tanya, mana cap? Haha.. mungkin beliau maksudkan cap yang ini.

Baiklah, cerita pasal pesta. Kami boleh dikatakan agak awal. 3 jam di sana. Tak gheti nak cerita panjang-panjang. Kalau nak tahu detail, sila ke blog Kingbinjai.

Ringkasnya:

Antara yang aku belajar tentang Kingbinjai:

  • Beliau ni rupanya pengumpul mata wang dan mungkin juga setem.
  • Beliau pembaca buku Stephen King.

Antara yang aku beli di Pesta Buku:

  • Beberapa buku perkataan untuk Adam.
  • Ayat-ayat Cinta untuk Ummu Adam.
  • Bukan Kerana Pangkat: Tun Dr Ismail dan Masanya (versi BM kepada The Reluctant Politician) untuk Kamal. Aku bengang sebab aku dah beli The Reluctant Politician dengan harga RM68 tolak 10% di Times bulan Februari lalu. Aku belikan untuk Kamal hanya dengan harga RM32. Ces!!!
  • Buku apa untuk Tok Mudin? Hehheh, datang tengok kat rumah la! (Sebenarnya bajet aku untuk Pesta Buku tahun ini tak banyak, sehari sebelum itu, aku dah habiskan hampir RM800, servis kereta)

Tentang pesta buku:

  • Lebih baik dari 2 tahun lepas, harap tahun depan lebih baik lagi. Dah janji dengan Kingbinjai nak bawa RM1000 tahun depan. Haha!
  • Setuju dengan KB, booth Dawama paling hampas!

Itu saja dari aku, siapa nak ikut tahun depan? Haha!

Powered by ScribeFire.

Advertisements

14 Respons

  1. dawama tu tempat kerja sinaganaga rasanya… haha…

  2. mari start menabung.. next year bleh borong byk skit buku… :p

  3. Pakchik, ye ke? apa-apa pun… kenyataannya, gerai Dawama memang hampeh! Sungguh mengecewakan.

    achik, sila…sila… tahun depan jumpa lagi 🙂

  4. tak dijelaskan nape dawama booth is the most hampes… dia tak jual buku ke?

  5. Wa wa wa wa .. Tok pegi tak ajak Adikyah. King pun sama..! *sambil hempas-hempas kaki* ahak, ahak, ahak. *ngengada sungguh anak aku nih, leter umi Adikyah.*

    Tahun ni memang meriah dari tahun lepas – lepas. Target pengunjung kali nih 1 juta orang. Ntah la dah sampai ke lom. Apa pun Dawama memang kurang daya tarikan sket. Usaha lagi tahun depan. Adikyah rasa tahun lepas Dawama ok jer. Taklah macam tahun ni. Mungkin tak ready kot nak perform tahun nih. *kena bersangka baik ni, he he*

    Hmm.. tahun depan nak kena kumpul lagi banyak fulus. Maybe tahun depan participation lebih menggalakkan? Hopefully lah!

  6. tenuk, gerai dawama mestilah jual buku. hampes? sebab tiada tarikan. macam tidak ada kesungguhan di pihak dawama dalam menyertai pesta buku kali ini. bilangan buku tidak banyak. tidak ada jurujual yang mesra. pendek kata, tak ada seleralah tengok gerai dawama!

    adikyah, hehheh, KB kata, itu program sesama orang lelaki sahaja! Tak per, tahun depan boleh ikut!

  7. dawama lebih suka jual buku teks saja kot…

  8. Salam,

    Terima kasih kerana sudi membeli, dan juga membacanya.

    Saya tidak jamin mutu perbahasan dan analisa dalam buku tersebut.

    Tapi saya berani beri jaminan ia meninggalkan “kejutan” (atau “kebingungan”?) kepada pembaca-pembacanya, khususnya yang tidak bersetuju atau belum biasa dengan gaya saya berhujah dan memberi analisa.

    Apapun, sudilah kiranya Sdr menulis ulasan buku di blog ini, atau media-media lain, termasuk mencincang atau mengecam habis-habisan idea, analisa atau sisi pandang artikel-artikel tersebut.

    Semuanya (kecuali satu, tentang Hishamuddin Rais) dikarang antara pertengahan 2002- awal 2004 … dengan latar Kuala Lumpur yang gelisah selepas sekumpulan aktivis Keadilan dan gerakan Reformasi dibungkam dalam jeriji besi ISA.

    Ada teman memuji-muji buku ini, khususnya soal keragaman skop perbincangannya.

    Tetapi, apa pun pujian, sebagai penulis saya sedar di mana pula kelemahan-kelemahannya.

    Semoga ia memberi manfaat. Dan “Patah Balek” memang ditujukan kepada anak muda yang berfikir, yang sedang mencari-cari jawapan tentang persoalan negara yang berlegar-legar di sekeliling batang tubuhnya.

    Terima kasih kerana membaca. Dan tidak perlu bersetuju. Terima kasih.

    NOTA: Saya singgah ke sini melalui blog Jowo Pinter (tadi)

  9. Pakchik, buku teks pun tak ada.. haha!

    Sdr FAO, selamat datang, terima kasih kerana menjenguk. Dah lama saya habis membaca buku saudara itu. Saya suka membaca tulisan yang mencabar pemikiran, tapi tidak semestinya bersetuju.
    Terima kasih.

  10. he he .. lupa plak Adikyah ni pompuan. Lagi – lagi lah terlupa yg Tok ngan King tuh laki – laki. Isy, camner leh lupa neh ha ha ha ha ha .. !

    Pesta buku kali nih memang Adikyah all out pegi – 4 kali pergi, 4 kali borong buku. Habislah budget bulan neh hu hu hu…makan megi la jawabnya.

  11. ha ha bess bess. tak reti nak tulis panjang panjang, panjang la jugak entri ni ha ha ha

  12. Adikyah, 4 kali kamu pergi? buku apa beli?

    KB, haha!

  13. […] dan Atas Nama Cinta, novel epik sejarah oleh Isa Kamari adalah dua novel yang aku beli di PBAKL 2007 yang lalu. Hanya Ayat-ayat Cinta yang telah berjaya aku habiskan. Ini ulasan oleh Ummu Adam yang […]

  14. […] Tahun lalu, aku ke sana bersama King Binjai. Dan ketika berpisah kala itu, kami berjanji akan berjumpa lagi tahun ini di pesta buku, dengan bajet RM1000 seorang. Tahun ini tanpa dirancang, kami masih berdua. Baru 10 minit aku bertolak dari rumah, beliau menelefonku bertanya aku di mana. Mengetahui aku sedang dalam perjalanan ke pesta buku, beliau juga bergegas ke sana. Maka dua tahun berturut-turut aku bersama King Binjai ke pesta buku, walaupun tanpa RM1000 yang dijanjikan. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: