Neraka apa ini?

Neraka apa ini? Tanya orang kampung aku yang tak gheti berbahasa Inggeris.

Orang kampung aku itu, walaupun tak gheti berbahasa Inggeris, dan hanya menyara hidup dengan menoreh getah, menanam pisang, dan mengajar mengaji al-Quran, dah pun ke Makkah mengerjakan haji lebih dari sekali.

Orang kampung aku itu cerita, Makkah itu tempat orang buat ibadah. Ah… semua orang tahu Makkah itu tempat apa, kata dia. Tak kira dia Islam atau bukan Islam, UMNO atau tidak UMNO, putera mahupun puteri.

Yang pasti, kata dia. Makkah itu bukannya tempat terjun menerjun. Apatah lagi kalau pekerjaan menerjun itu tak ada pekdahnya. Menghabiskan beras saja kata dia. Oh, kamu janganlah bodoh sangat. Beras di sini maksudnya rezeki. Harta. Yang dimaksudkan menghabiskan beras itu, menghabiskan harta yang sepatutnya menjadi hak orang ramai. Harta itu sepatutnya dapat memberi manfaat kepada orang ramai, bukan kepada 12 orang Mat Rempit saja (itupun kalau ada manfaatnya).

Kalaulah benar hendak ke Makkah, kata dia. Hantarlah depa ke kelas haji dan umrah. Pergilah ke sana mengerjakan benda yang haq dilakukan disana. Moga-moga dapat hidayah. Dan balik nanti, dapat berkhidmat dan beri manfaat pada semua.

Dan Pak Azeez, orang kampung aku kirim salam pada kamu. Dia kata, kalau kamu bawa 12 orang Mat Rempit itu tebas semak samun, atau baiki gertok (jambatan) di kampung aku, itu lebih baik!

Dan kalau Pak Azeez tak tahu macam mana nak jumpa orang kampung aku, aku boleh volunteer jadi penunjuk jalan!

Advertisements

12 Respons

  1. din, ko cakap senang la…
    mereka tu gadai nyawa pergi buat terjunan tu. Hargailah susah payah mereka berlatih selama ni. Bagi sokongan…

    hahahahahahahahahahhahahahahahahahhahahahahamacambabihahahahahha
    ahahahahahahahmacamlabagussangathahahahhapergiterjuntuhahahabukanorang
    ahahahasuruhpunhahahahahahakalaukatagadainyawahahahahahahahmerekapunhaha
    hahahabukanjenissayanghahahhahanyawadahpunhahahkalautakhahahahatakkanhahah
    gimerempittuhahahahahahahahahahahahahahahahah

    *saja tiru gelak abdullahjones

  2. terjun kat mekah? ……… apa kata terjun kat bermuda triangle? lagi kelas!! buhdush!

  3. suh dorang terjun tanpa payung terjun la kalau nak tunjun berani sangat! bahalul!

  4. Pakchik, hahahahampes!

    Izinni, terjunlah kat mana-mana pun, aku tak kisah, syaratnya jangan pakai payung terjun macam kata Kingbinjai tue… haha!

    KB, setuju! heh!

  5. Aku rasa baik kita suruh diorang ni terjun kat Semenanjung Gaza, kan Tok? Baru klass….

    Anyway, thanks for including my post in your ‘Mesti Baca’ List. Tenkiu!

  6. […] ke kutub, perempit-perempit nak ke Makkah pula. Yang seorang lagi hendak ke Greenland. Malaslah nak […]

  7. KNB, sama-sama!

  8. heh! lintang pukang sungguh depa tuh. kalau nak tunjuk berani sangat suruh la pak azeez tuh jadi panglima, mengetuai pahlawan-pahlawan rempit berperang dengan puak Israel sanun. kalau mati baru syahid namanya! setakat nak terjun pakai parachute, baik masuk training ngan PASKAL. ada berani? huh!!

  9. adikyah, training ape tu?

  10. training ala-ala rambo hak hak …! tp kena apply masuk tldm ar dulu. pastu apply masuk special unit. kalo layak dan lepas basic test, baru masuk peringkat saringan. pastu test lagi. saring lagi. sampai la diorang layak masuk training rutin termasuklah terjun [dgn guna payung terjun. tp bukan di kutub sanun]. ingat senang? lain la kalo diorang pakai kabel hik hik …!

    *oh, aku mula merapu!*

  11. Give this Mat Rempits a break mate! They’re not dogs that we should mock and make fun of. They’re our brothers too. Help them la – problem is, these people have dreams [and some don’t know how to] but they have been failed by the system many times.

    …And i am very against their exploitation – using them for a political gimmick. I agree…kalau nak tolong, biar betul dan biar ikhlas.

  12. Sdr MuhammadYunus, terima kasih atas kunjungan dan komen. Perlu ditegaskan, kami bukanlah ‘making fun of them’, tapi kami menolak pengeksploitasian mereka oleh mereka-mereka yang kononnya memperjuangkan kepentingan negara itu.

    Banyak lagi benda yang boleh dibuat untuk kepentingan mereka dan semua tanpa membazirkan duit rakyat sebegitu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: