11

Semalam, 7 Mei 2007, genap 11 bulan umur Adam.

Petang, balik dari kerja. Kami menjemput Adam di rumah asuhannya. Aku menunggu di dalam kereta. Ummu Adam tersengih-sengih mendukung Adam. Masuk ke dalam kereta, terus bertanya, ‘Abang, cuba teka Adam buat apa hari ini?

Aku, macam biasa, malas nak berteka-teki. Biasalah, balik kerja, belum dalam mood. ‘Buat apa?’, tanya aku balik.

Heh. Kamu semua mahu teka apa yang Adam buat, yang menyebabkan Umminya tersengih-sengih itu? Berjalan. Ya, berjalan. Adam mula berjalan pada usia genap 11 bulan. Itulah yang dikhabarkan oleh pengasuhnya.

Balik ke rumah, kami segera menyuruh Adam berjalan. Ingin tahu benar atau tidak kata pengasuhnya itu. Memang benar. Dengan kaki terketar-ketar, mulut tersengih menampakkan empat batang gigi yang belum sempurna. Satu langkah, dua langkah, tiga langkah, jatuh. Ummu Adam dan Abu Adam tergelak-gelak. Dia bangun. Satu langkah, dua langkah, tiga langkah, jatuh lagi. Ummu Adam dan Abu Adam tergelak-gelak. Adam sengih juga.

Entahlah siapa yang lebih gembira. Adam yang baru boleh berjalan, atau Ummi dan Babanya! Heh!

Itu cerita di dalam rumah Tok Mudin, yang di luar rumah, bacalah di:

Advertisements

9 Respons

  1. kesian enche gere… dia tak tau ke, kat amerika, buleh cium ikut suka, berak tak leh. kat india, buleh berak ikut suka, tapi takleh cium.

    din, yang prepaid tu.. ada nombor? ahhaha…

  2. wah kalau dpt tgk sendiri langkah pertama tu mesti lagi gembira kan..
    bulan depan setahun la Adam ek..

    pasal prepaid tu.. apsal la jadi camtu?? dah la prepaid seploh ringgit je.. murah betul.. isk isk

  3. wah, baby Adam dah buleh tatih-tatih. Baby cool!!

    Alah Tok, kasi chance kat mat kasablanka tuh nak tunjuk emosi nak dapat baby. Nanti mana tau anak dia tuh boleh buat terjunan kat Kutub Selatan ke Kutub khanah ker, mesti dia bangga punya! ngeh, ngeh, ngeh.

  4. dude, gambar, mana gambar? tunjuk la, video ke…

  5. nisaa’ mula langkah pertama di usia 9 bulan. lambat sebulan dari abang2 dan kakak. sekarang di usia 13 bulan, sudah berlari. pantang nampak pintu terbukak, laju je ambil kasut minta dipakaikan. nak berjalan2 di luar menjelejah dunia kecilnya. 🙂 sekarang suka bercium-ciuman pula. habis pipi basah dek ciumannya. ekekekeke … dan sekali sekala dia akan membuat terjunan dari atas sofa. tersentap selalu jantung si ibu. handphone pulak adalah permainannya. cepat saja dilekap ke telinga sambil berkata “Hah? ape che?” tanpa perlu ada prepaid atau tidak. kalau dibawa berjalan, rajin menegur dan bersembang, waima pada seorang India pun.

  6. seorang anak kecil jauh dari prasangka dan prejudis ….

  7. wah tahniah! anak aku juga berjalan lebih kurang umur macam tu jugalah. jangan risau kalau anak kau nanti lambar bercakap. macam anak ni, dah berjalan tapi lambat cakap. org tua2 kata macam tulah. tapi tak tahulah kalau anak kau dah pandai cakap

  8. Pakchik, Gere tu memang ambil kesempatan tue.. haha. Kau nak nombor ya? Aku boleh bagi… tapi kau kena call lah, jangan SMS, dia takde kredit. Haha!
    Ops…gambar ya? aku belum sempat nak bermain dengan kamera lagi dua, tiga hari ini. Insya Allah, kemudianlah!

    Achik, tu la pasal, kalau langkah pertamanya di rumah, depan Ummi dengan Baba lagi bagus 🙂

    Adikyah, publisiti murahan tue…

    Izinni, wah… cepat juga anak-anak kamu boleh berjalan ya? Mesti semuanya hyperactive ya?

    KB, ya ke? Adam… mulutnya dah banyak cakap, tapi tiada perkataan yang dapat difahami lagi. haha!

  9. sampai sekarang hyper! hehehhe cepat merangkak, cepat berjalan, cepat bercakap, cepat bertanya itu dan ini dan sudah semestinya cepat menjawab balik .. sesuatu yang dirasakan normal bagi mereka .. tapi kurang asam bagi seorang ibu dan ayah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: