Ranking buku Personal Finance

Blog The Simple Dollar telah membuat ranking terhadap 26 buku pengurusan kewangan peribadi yang telah dibacanya. Kepada anda yang berminat dalam menguruskan kewangan mungkin boleh menjadikan artikel ini sebagai panduan dalam memilih bahan bacaan yang sesuai.

Apa yang agak mengejutkan bagi aku ialah buku yang sangat popular, dan seolah-olah sudah menjadi kitab bagi penggemar pengurusan kewangan di Malaysia, hanya menduduki tempat ke-25 daripada 26 buku. Buku apa itu? Buku apa lagi kalau bukan Rich Dad, Poor Dad oleh Robert T. Kiyosaki. Buku inilah juga yang aku rasakan selalu menjadi buah mulut pengamal MLM di Malaysia. Apa kata The Simple Dollar?

This book is inspirational, but there are so many factual and psychological flaws within it that I find myself not believing any of it and mistrusting the whole thing. It’s great to be inspirational, but don’t make things up (like, for instance, the title and premise of the book for starters) or dispense bizarre advice and expect that to be good enough.

Apa pandangan kamu semua? Ada buku-buku yang telah kamu baca termasuk dalam 26 buku tersebut? Aku sendiri telah pun membaca dua buku Kiyosaki iaitu Rich Dad, Poor Dad dan Cashflow Quadrant. Sekarang aku dah tak berminat baca buku-buku jenis ini. Entahlah, mengujakan, tapi praktikalnya? Tak tahulah!

Advertisements

9 Respons

  1. aku pun dah tak minat buku macam ni…

  2. Pakchik, kamu pun baca buku tu ke? mesti masa masuk MLM dulu… haha!

  3. Rich dad, poor dad.
    adikyah sampai hari ini tak pernah baca buku tu from cover to cover. apa yg adikyah buat hanya belek front cover dengan back cover. isinya, adikyah suruh member ceritakan. begitu juga buku “siapa curik keju aku?” hak, hak, hak. adikyah memang pemalas nak baca buku macam tu. mungkin otak susah nak digest kut. 😀

  4. er.. oo.. kalo baca buku lagu tuh, memang chop dia budak mlm ek. tp adikyah tengok puak-puak mlm jarang sangat dok mengelek buku2 tuh. mana adikyah tahu? ada la he he he …!

    `~ Meniaga Larut Malam ~`

  5. x penah baca pun buku2 camtu… huhu

  6. penah baca buku azizi ali. tp rasa macam tak boleh nak aplikasikan sebab analoginya berdasarkan diri dia sendiri – seorang pilot [yang tentunya duit banyak dan boleh buat investment]

    kalau kita ni gaji takat RM3000 sebulan, nak sara keluarga lagi… manalah cukup nak melabur besar-besaran.

    herm… buku2 mcm ni bnyk teori jer.

  7. bukan pasal tu la.. kan dulu aku pernah tulis masuk mlm…
    aku baca pasal masa tu takde buku nak dibaca.. jumpa member aku punya, baca je la…

  8. adikyah, achik, cik kema, tak salah baca. boleh jugak buka minda. tapi boleh buat ke tidak bergantunglah pada diri sendiri.

    Pakchik, ya, ya… dulu pun aku masuk MLM juga, member aku juga yang promote suruh baca buku tu. 🙂

  9. teori dan amalan financial aku mudah. dapat gaji, bayar apa yang patut. beli apa yang patut. jangan hutang. jangan pakai kredit kad. tak mampu, jangan gatal nak beli. ada lebih simpan. belanja ikut kemampuan. kalau nak invest. invest dalam property.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: