Antara Annuar dan Anual

Pagi semalam terbaca berita pencabul PPRT mengatakan sudah sampai masanya Tok Guru Nik Aziz berhenti. Ya, aku tahu… buang masa saja aku layan dia ni. Tapi aku bengang. Dia tak ada kerja lainkah? Kata dia:

“It is not enough to produce leaders who can talk. We need a masterplan on how to develop the state which has fallen behind others,” he said.

Baiklah, sekarang ini cuba beritahu aku siapa sebenarnya yang hanya pandai bercakap? Annuar atau Nik Aziz? Yang aku tahu, memang Annuar ini dikenali sebagai orang yang pandai bercakap, tapi hasilnya? Songlap duit PPRT adalah! Nik Aziz tak perlu buktikan apa-apa. Kemana kamu selama lebih 15 tahun ini, Annuar?

Bukankah baru semalam Sheih menulis penjelasan ini? Oh… lupa, orang macam dia, mana baca blog. Samalah dengan kerabat dia yang berdua ini.

Hakikatnya, Annuar Musa memang tak senang duduk selagi Nik Aziz menerajui Kelantan. Macam cacing kepanasan. Ini kerana, Nik Aziz tak akan letih melawan sekularisme, tulis Anual. Antaranya:

Islam mewajibkan setiap orang Islam melawan mana-mana orang/pihak yang tolak Islam. Taqwa berada di mana-mana. Dalam rumah tangga, ada taqwa. Dalam persahabatan dan perselisihan, ada terlibat dengan taqwa. Dalam politik pun, tetap ada taqwa. Bahkan, dalam politiklah yang sangat mustahak adanya taqwa kerana ia melibatkan serba serbi. Ia melibatkan aqidah, ekonomi, keadilan, sosial, pendidikan, sains, sastera, seni, hiburan, dan lain-lain. Ia diputuskan segala-galanya sama ada di Parlimen atau Dewan-Dewan Undangan Negeri.

Ini semua adalah “rumah kuasa” pemimpin-pemimpin politik. Di sinilah Nik Abdul Aziz berusaha sedaya upaya untuk menegur dan mengemukakan alternatif berkerajaan dan beliau berjaya. Ini yang menyusahkan Annuar Musa. Dia yang letih kerana tidak terdaya melawan kekuatan pengaruh pemerintahan bawaan Nik Abdul Aziz.

Advertisements

6 Respons

  1. Terima kasih lah kepada orang kok lanas yang masih sayang dengan nuar musa ni.

    hehe.. macam tak de makhluk lain dah…

  2. he,he, dia takut tu tok. selagi tok guru ada selagi tu lah dia tak leh lebih-lebih tunjuk kuasa. pastu mulalah nak buat fitnah ntah hapa-hapa. mentang2 dok bawah celah ketiak juak-juak atasan tuh. beranilah dia. walhal cakap pun melalut-lalut. dalam poket berkepuk-kepuk RM dia sapu. Pastu tuduh kelantan tak maju. macamana nak maju kalo asyik sapu kat dia dulu. mentibang laut betul menatang tuh!!

    *maaf, adikyah bukan marah. nasihat saja*

  3. bobrok dorang semua tu. korang semua yang patut berhenti biar bloggers yang jadi menteri!

  4. Pakchik, heh! Ummu Adam orang Kok Lanas, aku pula orang Jeli. Dua-dua kawasan tokey besar UMNO.. isk!

    Adikyah, orang macam tu mana gheti dengar nasihat.

    KB, heh… kamu nak tubuhkan Parti Blogger Semalaysia ke?

  5. bloggers jadik menteri? wah, bagus tuh. ok, ok, adikyah mencalonkan diri sendiri jadik menteri pertahanan, boleh? he,he,he

  6. din, gi cari orang bachok la sorang lagi. baru jadi tiga penjuru. Tapi, tiga-tiga ekor tu, asal orang bachok juga.

    p/s: memang aku tau bini kau orang kok lanas, tu yang komen lagu tu.. haha…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: