Gaji naik! Ye ye!

Tidak ada berita yang lebih sensasi dan lebih menggembirakan bagi rakyat Malaysia terutamanya kakitangan kerajaan melainkan berita-berita di atas. Itulah tajuk-tajuk utama di muka hadapan Utusan Online hari ini.

Aku bukan penjawat awam. Berita-berita di atas sepatutnya tidak ada kesan pun pada aku. Tapi yang mendukacitakan, seperti kata seorang sahabat, semua naik! Gaji naik, harga barang pun naik. Dan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan juga kepada aku yang bukan penjawat awam.

Apa-apa pun, aku tumpang gembira. Terima kasih kepada Allah. Terima kasih sebenar-benarnya (bukan ala-ala artis penerima anugerah).

Ada orang kata (ramai sebenarnya) ini tanda pilihanraya sudah hampir. Aku rasa ada benarnya. Dan kerana itu, aku rasa, kalian juga patut berterima kasih kepada pihak pembangkang. Kenapa? Kerana pilihanraya hampir, dan kerana takutkan pembangkanglah, maka gaji kalian dinaikkan. Itu tandanya pembangkang kuat. Terima kasih pembangkang.

Dan sebagai tanda terima kasih kalian, dalam PRU nanti, undilah pembangkang. Mungkin untuk membentuk kerajaan masih belum mampu, tapi sekurang-kurangnya, marilah kita cuba untuk memperkuatkan lagi pembangkang.

Kenapa mahu pembangkang kuat? Kan aku dah kata tadi, kerana pembangkang kuatlah gaji kalian dinaikkan! Takkan tak mahu naik lagi? Atau mahu tunggu 15 tahun lagi untuk naik sekali lagi?

Nota serkap jarang: Mungkinkah kejadian menceroboh pejabat PAS ini juga kerana gejala takutkan PAS?

Powered by ScribeFire.

Advertisements

8 Respons

  1. oi oi tukar skin pulak. tak pasal pasal bila aku baca isen ni dengan berlatarbelakangkan suara pompuan ha ha ha

    Tok Mudin: Kenapa KB? Kamu rasa theme baru aku ini keperempuanankah? Tak apalah, aku suka, tenang! Hahaha!

  2. Lepas ni naik poster pilihanraya la pulak ekk… ha ha ha..
    Staff aku jugak ‘kesian’ sebab lama dah aku tak naikkan gaji ‘dorang’…

    Tok Mudin: BP, Ya, poster pilihanraya dah tak lama nak naik, hantu pun naik dari kubur nanti.

  3. isyyy kamu membuat tahap kejelesan aku naik ke tahap maksimum! huhuhuhuhu …
    uikss .. mesia tak perlu pembangkang laa … eloknya mesia ni pembangkang-sifar. kan ke kerajaan yang ada ni yang terbaik kat donia. kena bersyukur. :p

    Tok Mudin: Izinni, kenapa jeles? Hehheh! Pembangkang sifar? Itu negeri hantu bolehlah!

  4. herm… risau gak bila dengor gaji kerajaan naik. harga barang sure naik gak kan 😦

    Tok Mudin: Cik Kema, tak payah risau, dah naik pun!

  5. kema, harga barang sure naik gak? dah naik pun… sebelum kenaikan gaji umum lagi…

    Tok Mudin: Pakchik, ya, ya!

  6. kalau naikkan gaji dulu pastu baru naikkan harga barang mesti org marah.. jd diorg buat la sebaliknya kan.. nampak ‘prihatin’.. 😉

  7. achik, yang pegi cerita nak naik gaji setahun awal tu apa hal…
    lepas ni, kalau staff gomen kerja macam celaka… buleh la saunderek kan…. gaji dah naik kerja dok bodoh macam celaka lagi.. tak guna la…
    ha.. korang.. hati-hati bila memandu, la ni sibajuputih seluaritam diarahkan dapatkan saman sebanyak mungkin…

    Tok Mudin: Pakchik, betulke? Aku nak balik Kelate 31 Mei ni. Ada di sana sampai 4 Jun, Insya Allah. Bolehlah kalau nak bertemu mata dengan Pakchik! Heh!

  8. mmg dah naik. tapi dia akan naik dan naik lagi! sebab tu harga minyak tak turun2 sebab dia guna duit subsidi utk kenaikan gaji tu… hehehe… betul ker teori tok? 😀

    Tok Mudin: Entahlah belalang… hehheh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: