Perlukah lelaki didesak?

Dalam forum Smach Community, dibincangkan topik perkahwinan. Ah… topik apa lagi yang lebih global dari topik ini? Dimana-mana forum pun mesti ada, terutama dikalangan anak-anak muda berusia pertengahan 20-an ini kan?

Soalannya, perlukan wanita mendesak pasangannya untuk berkahwin.

‘Lelaki tak suka didesak’, kata Sahabat A (lelaki).

‘Betul.. tapi gadis kena juga bersungut sikit..’, kata Sahabat B (wanita).

‘Lelaki kalau tak desak dia buat tak ingat’, kata Sahabat C (wanita).

‘Bukan tak ingat tapi sedang merancang’, jawab Sahabat A.

Kata aku, ‘Kalau memang dah bersedia nak jadi suami isteri, tak perlu desak-desak, ia berlaku sendiri, mengalir macam air sungai aja’.

‘Air mengalir dari kawasan tinggi ke kawasan tekanan rendah..
Tekanan tu salah satu ‘desakan’ gak tu….’,
kata Sahabat D (lelaki)

Lantas aku menulis panjang:

Air sungai mengalir adalah sunnatullah. Ia fitrah. Dalam mengkaji sunnatullah, manusia menemui bahawa sungai yang mengalir adalah disebabkan tarikan graviti. Tarikan graviti juga adalah sunnatullah. Ia fitrah. Selagi mana sesuatu fitrah itu tidak dikotori dengan tangan-tangan manusia, maka amanlah ia.

Sungai yang mengalir, selagi mana tidak dicemari dengan tangan-tangan manusia. Akan memberi banyak manfaat kepada manusia. Tetapi sebaliknya akan berlaku apabila ia diganggu-gugat oleh tangan-tangan manusia. Pelbagai bencana alam akan berlaku. Banjir, hakisan, pencemaran dan lain-lain. Kesannya? Tamadun manusia juga yang terancam.

Berbalik kepada persoalan lelaki dan wanita, dalam perjalanan untuk menjadi suami dan isteri. Sunnatullah mengatakan lelaki sukakan wanita, dan wanita sukakan lelaki. Fitrahnya, lelaki dan wanita mahu untuk saling cinta mencintai, dan akhirnya berumahtangga. Walaupun sebenarnya, berumahtangga bukanlah pengakhiran, ia hanya permulaan.

Bila kita telah memahami bahawa ia adalah fitrah. Maka patutlah kita fahami juga, fitrah itu tidak perlu kita ganggu-gugat. Kerana ia akan membawa kesan yang tidak baik.

Fitrah, pasangan yang bercinta akan mahu berumahtangga. Bila? Itu persoalannya. Dan persoalan itu bukanlah suatu yang berat. Pasangan yang benar-benar memahami pasangannya, akan mengetahui tahap persediaan pasangan. Walaupun kata tidak diucap, hati akan membenarkan. Secara mudah, kita boleh tahu pasangan kita, bersedia atau tidak untuk berkahwin. Serius atau tidak. Kalau pasangan kita tidak bersedia, berilah dia masa. Kalau pasangan kita tidak serius, tinggalkan dia! Tidak serius dalam perhubungan bukan fitrah. Itu nafsu serakah!

Heh! Apa pendapat kamu wahai lelaki dan wanita bijaksana? Debatkanlah!

Advertisements

5 Respons

  1. kata m.EL.ly
    Biar saja ini mengalir
    biarlah memang harus begini
    kuhayati sgala perasaanku ini
    yang kuinginkan hanya cintaku
    Belum jelas harus bagaimana
    kuturuti semua kata hati
    andaikan luka itu tak ada
    mungkinkah kita kan bersama

    Tok Mudin: Pakchik, bermadah nampak? Tapi takkan nak tunggu tak ada luka, baru boleh bersama? Luka mesti ada dimana-mana, yang penting, bagaimana nak menangani luka itu 😉

  2. ha ha ha

    Tok Mudin: KB, kamu tak jawab soalan 😛

  3. buat apa nak desak2 nanti tersedak2 😉

    Tok Mudin: Betullah tue…

  4. huhu…lau didesak,desak r pulak…..

    Tok Mudin: Habis tu?

  5. tu lagu melly goeslow la.. haha…

    Tok Mudin: Mana aku tahu Pakchik, aku tak dengar lagu tu.. hehheh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: