Balik kampung/ Muktamar/ Klip Jalan

Balik kampung
Hari ini hari terakhir aku bekerja minggu ini. Akan bercuti pada 31 Mei hingga 5 Jun. Insya Allah, awal pagi esok, kami sekeluarga akan memulakan perjalanan balik ke Kelantan. Entri selepas ini akan dihantar dari Kelantan. Kalau ada peluang, Insya Allah.

Muktamar


Sepanjang aku di Kelantan nanti, muktamar juga akan berlangsung di sana. Kehangatan muktamar tahun ini sangat dirasakan. Iyalah, tahun ini tahun pemilihan. Blog-blog seperti Roslan SMS, Rudin X, dan juga Penarik Beca rancak membincangkan tentang muktamar, terutamanya tentang pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS. Ia dijangkakan menjadi pertarungan sengit antara Ustaz Nasharudin Md Isa dan Ustaz Harun Taib.

Aku sendiri, tidak begitu excited sangat dengan suasana pertandingan kali ini. Tidak seperti 2 tahun lalu. Entah kenapa? Biarlah, keputusan akan ditentukan oleh perwakilan nanti. Aku hanya mengharapkan yang terbaik untuk PAS dan seterusnya untuk umat Islam di Malaysia. Semoga PAS akan terus berada diatas paksi yang benar dalam memperjuangkan agama Allah.

Oh ya, kepada kamu (pembaca dan blogger) yang ada di sana, bolehlah kalau ingin bersua muka di alam realiti. Aku mungkin hanya sempat ke sana pada 1 Jun. 2 Jun ada majlis di rumah mertua di Kok Lanas, dan 3 Jun sudah berangkat balik ke Jeli. Hubungi aku di:

Klip Jalan
Dan akhir sekali, sebagai melunaskan janji aku kepada Pa’chik El, ini klip video Adam mula berjalan.

Powered by ScribeFire.

Advertisements

7 Respons

  1. agak-agak le.. adam paham ke ko suruh lepaskan kerusi tu? hiks….
    2hb ada ceramah tg nik aziz dan tg hj hadi, dan mamat tuh…. kat stediyem..

    Tok Mudin: Faham la… hahaha! Aku tahu, berbelah bagi nak pergi ke tidak… tengoklah nanti macammana! 🙂

  2. Semoga selamat dalam perjalanan pergi dan kembali & amin dari aku utk “Aku hanya mengharapkan yang terbaik untuk PAS dan seterusnya untuk umat Islam di Malaysia. Semoga PAS akan terus berada diatas paksi yang benar dalam memperjuangkan agama Allah”.

    Tok Mudin: Amin!!!

  3. selamat balik kampung.
    jangan lupa bawak ole2 balik
    kem salam kat adam. taaatiiiih! hehe

    Tok Mudin: Terima kasih!

  4. ala adam….
    cayang bucuk dia….
    hehehe….
    bila leh jumpa dia lagi agaknya ya…

    Tok Mudin: Makcik Niza, Adam kata… meh la jalan ke rumah!

  5. Alalalala .. adam dah buleh jalan yey, yey, yey!
    Selamat balik kg. semoga selamat pergi dan kembali. Itu kg Tok ke kg ummu adam? Apapun, semoga muktamar kali ini akan berlangsung dengan jayanya dan juga berharap sangat-sangat moga PAS berpaksikan kebenaran, keadilan dan perjuangan tulus hanya kerana ALLAH!
    ALLAHU AKBAR!!!!!
    p/s: kalo jupe pa’chik kite tuh kem salam dia. amik gambar dia kendian sebar kat blog. muahahahahahahahaha…..!!

    Tok Mudin: Adikyah, kampung dedua lah… kami anak Kelate! Pakchik? Hahaha!

  6. dude, kim salam kat tok guru, kata padanya, reformasi itu telah lama tertangguh

    Tok Mudin: dude, aku pun bukannya boleh jumpa Tok Guru da…., apa kata kau tulis surat terbuka untuk Tok Guru kat blog kau, Insya Allah… ada rezeki, bacalah dia! 🙂

  7. geramnya tgk adam.. semangat tul..

    Tok Mudin: Hmmm :>

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: