Kenapa aku sokong Pak Lah?

Topik yang masih menguasai blog-blog Malaysia hari ini, masih lagi tentang Pak Lah akan menikah dengan Jeanne Abdullah. Biarlah apa kata orang, kali ini aku sokong Pak Lah. KahwinLah! Aku suka.

Kata Pak Lah:

“My love for Endon will remain as strong as ever. Then, I fell for this one. I believe God has created in your heart many spaces for different people that you can love as much as you want.

“You can love your wife. You can love your mother. But you never compare. How can you compare your love for your mother and the love for your wife? God has created the capacity for us to love and to develop relations. That’s important.”

Aku senyum. ‘Betullah tu, kata Pak Lah tu’, kata aku kepada Ummu Adam sambil makan malam dan menonton berita TV3 semalam.

Kali pertama aku setuju dengan falsafah Pak Lah.

“Abang suka ke Pak Lah kahwin?”, tanya Ummu Adam.

“Suka lah. Kenapa tak suka pula? Orang kahwin, kenalah suka. Tuhan suka orang nikah, bina masjid. Benda yang Tuhan suka, kita kenalah suka. Harap-harapnya terjagalah makan tidur PM kita”, jawab aku panjang.

Pak Lah sendiri pun kata:

“A happy Prime Minister can do a lot of good work. I’m not saying I’ve not been happy so far, but I’m happier with a companion now”

Hmm… harap-harapnya begitulah!

Advertisements

5 Respons

  1. “A happy Prime Minister can do a lot of good work. I’m not saying I’ve not been happy so far, but I’m happier with a companion now”
    hahah… dia tak cakap pun dia buat kerja dengan baik ke tidak sebelum neh.. hahah…

    Tok Mudin: betullah tue.. aha!

  2. din.. ralit dok cerita pasal orang tua tu nak menikah… lupa dah makin banyak dah barang yang naik rege… susu pekat naik lagi dua kali.. milo pun naik lagi sekali…
    mampus kena tipu ngan suratkabau dah orang kita nih…

    Tok Mudin: ah.. ye ke?

  3. he he he … Alhamdulillah. Kawen juga akhirnya, walaupun ada sikit kureng kat pilihannya. Apa pun itu pilihan dan jodohnya kan. Hati manusia ni banyak sungguh kompatmennya kan kan .. kuasa Allah swt.
    Betul cakap pa’chik. Isu Pak Lah kawen [kawen adalah perkara yg baik. bena masjidkan] telah mengaburi isu len yg sama ataupun lebih penting. Misalnya kenaikan harga barang… [dll isu yg tak payah disebut di sini].
    Er.. er.. esok pegi kenduri ke?

    Tok Mudin: Pak Lah tak ajak da…

  4. Indah betul falsafah Pak Lah tu. Aku suka.
    p/s: Tapi adakah ini menunjukkan pak lah lebih sesuai jadi ahli falsafah daripada PM, hehhe.

    Tok Mudin: ahli falsafah…ermm… :>

  5. tak sesuai jugak ke ? takpe, aku kecikkan sikit skop. ahli falsafah perkahwinan, amacam ?

    Tok Mudin: hehheh! beruntung KJ dapat bapak mertua ahli falsafah perkahwinan, kan? 😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: