Lo’ching’, lompat tikam dan…

Membaca artikel yang tersiar didalam Sinar Harian Sabtu lalu ini mengembalikan memori kanak-kanak aku. Sate ikan yang lebih dikenali dengan lo’ching’ (aku sendiri pun sudah lupa panggilan ini) oleh orang Kelantan ini sangat aku gemari ketika kanak-kanak, malah sekarang pun.Sesiapa yang belum pernah merasainya, jika ke Kelantan, jangan lupa untuk mencari dan mencubanya. Insya Allah, anda tidak kecewa.

Modus operandi perniagaannya masih sama 15 tahun dulu dan sekarang. Basikal yang dilengkapkan dengan meja kecil, lengkap dengan tempat membakar. (Lihat gambar). Masih ingat kecil-kecil dulu, balik dari sekolah, sudah ada penjual lo’ching’ menunggu di pagar sekolah. Berkerumunlah kami membelinya. Dengan duit belanja 30 sen sehari yang masih berbaki 10 sen, lo’ching’ masih boleh dinikmati. Aku lupa, mungkin pada masa itu, 10 sen 2 atau 3 cucuk.

Apa yang menarik perhatian aku dengan artikel itu ialah harga jualan lo’ching’ itu sekarang. Ia dijual dengan harga 10 sen secucuk. Tidak banyak bezanya dengan 15 tahun dulu. Dengan RM 1, masih boleh menikmati 10 cucuk sate ikan? Hanya di Kelantan anda boleh jumpa ini!

15 tahun! Satu jangkamasa yang lama. Harga barangan sudah berkali-kali naik, berganda-ganda. Tapi harga lo’ching’ ini boleh dikatakan maintain saja.

Itu cerita lo’ching’. Ketika mencari sedikit keperluan di pasar (di Kelantan, disebut kedai) Kok Lanas, aku berpesan kepada Ummu Adam, cari kuih sedikit. Cuba teka apa anda dapat dengan RM 3. Dua bungkus laksa dan dua bungkus lompat tikam. Hanya di Kelantan!

Dalam keributan harga barangan naik di seluruh negara, dengan RM 3, anda boleh 3 kali kenyang di Kelantan. Tidak dinafikan, harga barangan tetap naik di Kelantan. Tapi ia tidaklah sampai menyesakkan penduduknya. Semiskin manapun mereka, mereka tidak akan kebuluran.

Ibu aku sendiri, yang ku panggil Ma, meniaga kecil-kecilan di rumah. Sejak dari aku boleh ingat, Ma menjual bihun setiap pagi dan tengahari, sasaran utama adalah kepada murid-murid sekolah. Rumah aku betul-betul dihadapan sekolah. Setiap pagi sebelum ke sekolah, aku bersarapan dengan bihun itulah. Bihun Kak Dah, itulah nama sebagaimana ia dikenali oleh penduduk kampungku dan kampung berdekatan. Sehingga Ma sakit hujung tahun lepas, sudah hampir atau mungkin lebih 20 tahun barangkali, Ma menjual bihun. Hanya sekarang, setelah menjalani pembedahan beberapa bulan lalu, dan asyik berulang-alik ke hospital, penduduk Bukit Jering sudah tidak dapat menikmati Bihun Kak Dah.

Apa yang ingin aku ceritakan tentang bihun Ma ialah harganya. Ketika aku masih kecil, sehingga beberapa tahun lalu, Ma masih lagi menjual bihun dengan harga 10 sen sebungkus kecil. Setiap kali pulang bercuti, Ma sentiasa menjadi sasaran teguran aku, kerana tidak pernah menaikkan harga bihun jualannya. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini, bihun Ma dijual dengan harga 20 sen atau 30 sen sebungkus, aku kurang pasti. Itupun, kalau ada budak sekolah yang minta bihun 10 sen, Ma masih berikan. Walaupun kadang-kadang sukar untuk dibezakan sukatan bihun 20 sen dan 10 sen itu.

Kenapa aku bercerita panjang tentang lo’ching’, lompat tikam dan bihun? Kerana itulah realiti Kelantan. Walau apa orang kata tentang Kelantan, mundurlah, tiada kemajuanlah, tiada pembangunanlah, orang Kelantan tetap hidup senang-lenang. Makan senang. Semua senang.

Apalagi yang orang Kelantan mahu? Maka benarlah kata TG Nik Aziz dalam sidang media beliau sempena muktamar baru-baru ini. Semua yang UMNO/BN boleh buat, semua itu PAS boleh buat. Tapi akhirat? Akhirat tiada dalam UMNO.

Itulah realiti Kelantan.

Advertisements

15 Respons

  1. assalamualaikum… klu makan kt atas pasar siti khadijah, sy masih boleh dpt nasi berharga rm1.50 dgn lauk ayam goreng, sayur dan sedikit daging atau ikan bilis. abg yg jual air (kami panggil brother Li) jual teh ais pd sy dgn harga 70 sen seplastik (sbb dia masih ingt sy ant pelanggan tetapnya dulu). ini harga yg sama ketika sy membelinya kira2 9 thn yg lalu, sewaktu masih bergelar pelajar sekolah menengah… 🙂

    Tok Mudin: 🙂

  2. lo’ching’… mcmn nak sebut aku tatau… tp bendalah ni mmg aku pon sk masa kecik2 dl. kat trg pon ade benda ni… aku pggl sate ikan je din. pasal naik harga, hmmm… kelantan mmg murah. masih ade bihun 10sen?!!!!! tp aku nampak kadar kenaikan harga di kelantan jauh lebih rendah kalu dibandingkan dgn trg… walau kedua2 negri lebih kurang je…

    Tok Mudin: Chah, meh la jalan ke rumah kalau nak rasa bihun 10 sen! 😀

  3. dulu saya ada buat lawatan ke terengganu. ada jual sate ikan nie.kemudian sorg member dr kl tanya, ‘berapa satu ni, RM 1 ke?’. ’10 sen satu’, jawab pak cik tu. terkejut dia.

    Tok Mudin: Hehheh!

  4. shah, sebut dier lokching. br2 ni aku ade jupe makanan ni kt sg besi..masa tu aku br spai umah abg ipar aku n tgk anak2 dier berlari2 kejar org bermotosikal. rupenyer beli mende nih. aku tolong la bayarkan. n harganya ialah seringgit utk 5 cucuk. indo yg menjualnyer. rasernyer pon x sesedap yg aku biase nikmati kt pt timur la. kuahnyer pon x best..pantai timur mmg best..

    Tok Mudin: oh… kat sg besi pun ade erk?

  5. Sebab tu adikyah suka g kelate dan balik Perlis. Tak payah nak sakit mata tengok makanan mahal tapi dapat makan ciput jer. Kalo kat Perlis pun leh dapat karipap sadin sebijik 20 sen. Memang rasa sadin banyak + bawang sket. Kalo nak lagi murah, adikyah makan jer kat kedai sendirik kat kg tuh. Pree of charge ha ha ha..!
    Er.. kalo g kelate adikyah suka makan sejenis agar-agar / puding / kuih yg dibentuk macam hirisan tembikai. Sedap sungguh nooo..!! Mmg peberet tuh. Satu lagi laksam uiiiihhh.. sedappp!!

    Tok Mudin: kuih yg dibentuk macam hirisan tembikai? kuih gapo tue?

  6. hai.. kalau kat kl ni, harga makin naik tapi isinya makin kurang… laksa cair je dah rm3… xyah kata laksa, megi sup kat mamak je dah rm3… aih, mana la x kaya mamak tu… huhuhu..
    x penah sampai klate lagi…

    Tok Mudin: isk… await tak pernah sampai Kelate? tahu AirAsia tak? Tambang dia tak sampai singgit, pi lah booking! Heh 😀

  7. din, lama dulu, sorang kenalan atas kenalan… dia nak dapat ofe pasarkan lokcing ni ke korea, tapi pasal benak sangat.. dia tak jaga dari hal pekejing.. masa barang ni sampai korea tuh.. kastam korea tak tau nak lulus ke tidak.. lepas dua minggu tersadai kat port, pasal barang mekanan, deme panggil la geng kesihatan kot datang chek, bila chek saja, dekat pelastik pembungkus tu penuh ngan cap jari tertuduh.. apa lagi tak lepas la…

    tak lama lepas tu.. dah ada orang lain dapat peluang bekalkan lokcing tu ke korea.

  8. dulu masa kecik.. oghe siy’ye yang banyak jual lokcing nih… mula datang sekor, kemudian datang lagi sekor.. sekor lagi.. las-las sepuluh ekor datang.. semua jual lokcing…
    la ni.. kat kampung aku nih ada la sorang yang jual lokcing, tapi melayu… memang orang sini… tak penah beli pun. dulu mak aku marah beli lokcing.. makan barang siyam.. cakduh kata dia…

    Tok Mudin: Pakchik, buatlah bisnes import lokcing ke KL, ramai lagi orang kat sini tak kenal benda tue… takyah gi korea dulu la…:D

  9. Nasib aku pun lebih kurang sama dgn el. Kecik2 dulu memang suka lo’ching ni. Tapi ntah kawan aku yg mana satu dok racun fikiran aku cakap tak boleh makan lo’ching ni sebab org siam yg buat. Sampai hari ni aku tak makan, hampeh betul kawan aku tu, hehhee.

    Tok Mudin: Kesian mu Kamal. Heh!

  10. heehehe.. lokcing, lokcing!

    Adikyah pon beli lokcing neh kat siy’ye. Tp dah besar-besar neh jarang makan. Ntah la sebab aper.

    er..er.. agar2 yg macam tembikai tuh mmg ada. saing adikyah yg mmg ore kelate pun dok tahu nama penuh kuih tuh. Tapi x kesah la, janji syiokk

  11. deen.. kuih tu.. agar-agar biasa saja… cuma bentuk dibuat macam tu… nampak comei…

  12. mane nak cari lokching di KL ? 😦

  13. bihun kak dah..kawe pun make masa skolah rendah dulu….rindunya gigit hujung plastik pahtu make nga kepok keping kdai kak dah jgk..hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: