Ayat-ayat Cinta vs Atas Nama Cinta

Ayat-ayat Cinta, novel pembangun jiwa oleh Habiburrahman El-Shirazy dan Atas Nama Cinta, novel epik sejarah oleh Isa Kamari adalah dua novel yang aku beli di PBAKL 2007 yang lalu. Hanya Ayat-ayat Cinta yang telah berjaya aku habiskan. Ini ulasan oleh Ummu Adam yang telah pun membaca kedua-duanya:

Kedua-dua buku di atas adalah sebuah kisah bersandarkan pada cinta. Cinta yang berteraskan ketuhanan yang dizahirkan kepada insan-insan di sekeliling mereka. Walapun cinta bukanlah subjek yang dikupas sepanjang jalan cerita ini namun unsur-unsur cinta dapat dirasa dengan jelas di dalam jalan ceritanya.

Ayat-ayat cinta…banyak persoalan agama dijawab di dalam cerita ini secara penceritaan tetapi memberi pemahaman kepada aku. Kisah cinta Fahri terhadap isterinya Aisha, kisah wanita-wanita yang mencintai dan mendambakan kasih Fahri…

Konklusinya buku ini memang memberi kesan kepada aku sehingga di hujung-hujung jalan ceritanya jiwaku cukup terkesan sehingga menitis air mataku. Aku merasakan seperti membaca sebuah kisah benar semasa membaca cerita ini kerana plot dan jalan ceritanya
diceritakan dengan jelas sehingga kita boleh membayangkan suasana dan kejadian yang diceritakan.

Atas nama cinta. Sebenarnya aku masih belum habis membaca buku ini. Sebuah kisah benar dari sejarah lampau yang diceritakan dalam bentuk novel. Kisah yang diceritakan sungguh menarik sehingga aku tidak merasa yang aku membaca sebuah kisah sejarah sebenarnya.

Jalan ceritanya sungguh mempesonakan sehingga aku boleh bertanya kepada suamiku, ‘Cerita betul ke ni?‘. Memang menarik!

Cintanya masih berpaksikan ketuhanan. Cinta Nadra terhadap ibu angkatnya dan pada suaminya Mansor. Dapatkah Nadra bersatu kembali dengan Aminah dan Mansor? Aku pun tak tahu sebab aku tak habis baca lagi.

Kedua-dua buku ni aku nak bagi 6 bintang!

Ulasan ini ditulis semasa Ummu Adam belum menghabiskan Atas Nama Cinta dan dipostkan di forum Smach.net. Sekarang dah selesai rasanya.

[Nota Minta Sokongan] Sesekali Ummu Adam menulis, best juga kan? Siapa sokong Ummu Adam perlu ada blog sendiri? Heh!

[Nota Teka Teki] Cuba teka buku apa sedang dibaca oleh Ummu Adam? Siapa jawab dengan betul dapat hadiah!

[KEMASKINI-Talian Hayat]
1. Semua jawapan adikyah dibawah tidak betul!
2. Buku itu dalam Bahasa Melayu, erk… Malaysia?

Advertisements

16 Respons

  1. ada tanya soalan lagu tu… mana aku nak tau dia baca buku apa pukul duablas setengah tengah hari nih…

    Tok Mudin: Hehheh! Ingat senang nak dapat hadiah? 😛

  2. saya sokong.. 🙂

    Tok Mudin: yes!

  3. Sokong, ummu Adam ada blog sendirik. Boleh saing ngan Tok! 🙂
    Er..er.. buku er.. Bila Tuhan Berbicara? Kalo bukan, er.. buku .. er..Siddharta? Er.. bukan jugak? Er..er.. Kekasih Sam Po Bo? Bukan lagi? Er.er.. kalo begitu mesti buku A B C kan kan ..

    Tok Mudin: 🙂 tunggu ajelah jawapannya nanti!

  4. saya ingin menggunakan talian hayat saya yang pertama…

    Tok Mudin: talian hayat…ermm…ok, nanti aku kemaskini kat atas.

  5. Mudin.. Da mmg ada bakat menulis la. Aku ingat masa kecik dia suka tulis cerpen. Aku yang tukang bacanya.. so kasik la “pressure” skit biar dia asah balik skill dia yang dulu tu

    Tok Mudin: Hehheh, apa kata Ummu Adam? :>

  6. nak teka jugak…
    1. Buku Masakan..
    2. Buku subjek komputer ( dah abis test ker?)
    or…
    3. Buku Petua Menjadi Isteri Solehah?
    hehehehe….
    miss u la walida…

  7. blog sendiri??..ehmm tak sampai seru lagi 🙂
    Bila Tuhan Berbicara tu memang ada plan nak baca tp belum lg.
    mok nik, mu ingat lagi eh…hehehe, lo nih aku ni malas sket nk menulis
    niza, buku masakan tuh baca time nak ngorat dulu, lo ni dah terer dah..hehehehe. Test dah abis, yes!
    buku Petua isteri solehah..nak kena baca lagi ke..?? 🙂 miss u too niza!

  8. […] kepada soalan kuiz, inilah buku yang sedang diulit oleh Ummu Adam pada setiap masa luang. Tiada yang dapat menjawab […]

  9. […] ini aku dengan besar hatinya ingin mengumumkan bahawa saudara Isa Kamari, penulis novel Atas Nama Cinta dan Memeluk Gerhana telah sudi untuk diwawancara secara online atau mengambil kata-kata beliau […]

  10. […] dua novel mini, Pudarnya Pesona Cleopatra dan Setitis Embun Cinta Niyala. Ia ditulis sebelum Ayat-ayat Cinta dan diterbitkan semula setelah sambutan luarbiasa terhadap Ayat-ayat […]

  11. […] Panel Pengkaji Sejarah Pusat Penyelidikan PAS 7. Dari Salina ke Langit Petang, A Samad Said 8.Ayat-ayat Cinta, Habiburrahman El-Shirazy 9. Atas Nama Cinta, Isa Kamari 10. Cinta Fansuri, A Samad Said 11. […]

  12. all poeple malingsia (malaysia) very very stupid N dosn’ t have brain….huehuehue….fuck u all malingsia…

  13. “FUCK U ALL POEPLE OF MALAYSIA”

  14. duuuhhhh….
    ayat-ayat cinta the best bgt…
    kang abik, berapa lama sich, buat novel ayat-ayat cinta ini…?
    ko bisa perfect bgt…..?

  15. salam,

    jika anda peminat novel, jangan lepaskan peluang utk membaca novel kedua saya yg bertajuk “Kod Michealangelo” iaitu sebuah cerita yg berkisah pembongkaran kitab injil asli, Gospel Barnabas..
    Pembaca mungkin akan menyamakan novel saya dgn novel The Da Vinci Code karya Dan Brown itu, tetapi sebenarnya tidak begitu..
    utk maklumat lanjut berhubung novel tersebut sila lawat laman website saya di http://www.nazehranjoseahmad.com
    terima kasih

    NJA

  16. Ni saya nk tnya…
    ada ayat power nk ngorat awek x….]
    saya dah x larat nk fikir dh ni….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: