Semua penyewa, sila periksa bilik mandi anda!

Dari Utusan:

Rakaman CCTV hanya koleksi peribadi – Kumaran

KUALA LUMPUR 11 Jun – Seorang lelaki yang ditahan kerana memasang kamera litar tertutup (CCTV) di tiga bilik air rumah sewanya kepada 19 pelajar dipercayai menggunakan imej yang dirakamnya sebagai koleksi peribadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K. Kumaran memberitahu, suspek bagaimanapun tidak mengedarkan rakaman imej terbabit sama ada dalam bentuk video cakera padat (VCD) atau menerusi Internet.

“Siasatan setakat ini mendapati VCD yang memuatkan imej pelajar-pelajar itu belum diedarkan lagi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut beliau, polis sedang menyiasat sama ada rumah yang dikatakan milik suspek merupakan rumah didaftar atas nama suspek atau rumah yang disewanya.

“Kami sedang mengumpul semua bukti yang munasabah dan akan menghantar kertas kertas berhubung siasatan itu ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat sama ada lelaki itu perlu tuduh atau tidak,” tambahnya.

Dengan penahanan lelaki berusia 34 itu kelmarin, Kumaran yakin kes tersebut sudah selesai.

Kejadian itu terbongkar apabila salah seorang penghuni yang juga pelajar sebuah kolej di Sentul membuat laporan polis selepas mengesyaki sesuatu berbentuk kamera serta berkelip-kelip yang dipasang di tandas rumah mereka.

Selepas pemeriksaan, polis mendapati kamera yang disorok di dalam soket tandas itu masih aktif.

Tok Mudin: Ces, orang macam ni pun ada ka? Kalau hukuman sula itu ada dalam Islam, aku kata sula saja mamat tue!

[Nota Teka-teki] Masih belum ada jawapan yang betul untuk soalan kuiz dalam entri yang lalu. Talian hayat telah diberikan. Hadiah misteri belum berpunya! Sila jawab dalam bahagian komen entri tersebut.

Advertisements

5 Respons

  1. hehehe .. kalau budak2 tu pandai .. depa buleh gabung dan saman manusia tu .. buleh menang wooo.
    apa peliknya … orang ‘tangkap’ gambar diri sendiri untuk tontonan diri sendiri pun melambak. seronok nengok diri sendiri. self-obsessed! hehehe

    Tok Mudin: Saman tak cukup, nak sula jugak! Haha!

  2. dude, memang la india tu tak edar…dapat kat pak pulisi, hahaha…. buleh la start carik nanti…. hahaha….

    Tok Mudin: Tu la pasal, haha!

  3. Uishhh!! Bahaya! Bahaya! Walaupun hanya tuntunan peribadi, lama-lama bakal menjadi tuntunan umum. Sebab tu kalo nak masuk tandas awam kena perati dan check betul2 [especially kalo kita rasa suspicious] hmmmmm………
    malas la nak teka tok sebab 6th sense adikyah tak dapat di activate bulan neh. Len kali lah tok. 😛

    Tok Mudin: 🙂

  4. byk la dia punya koleksi peribadi.. giler ah skang ni… menakutkan.. huhu

  5. macam arwah afifah pernah kata, ‘Si Kening’! (sickening)!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: