Botak, jangan cepat melatah!

Aku agak tersinggung membaca tulisan MarinaMahathir ini:

But if a woman going bald is behaving like a man, what then is a man who grows his hair long? The same people who think that women should put their hair underneath a tudung seem so offended by a woman with no hair. If hair is so alluring, then surely no-hair is a real turn off? Is it offensive to find a young woman so confident of herself that she has no qualms about cutting all her hair off? Perhaps, this is what really rattles these ulamas; she contradicts their idea of what a woman should look and be like. Besides, as Amani puts it very well, it will all grow again. (Can someone please supply me with the exact ayat in the Quran which prohibits baldness in women?)

Persoalan di sini bukan masalah mufti-mufti tersebut offended dengan wanita tidak bertudung atau wanita botak. Mereka menjalankan tugas mereka. Apa tugas mereka? Jaga agama. Amar ma’aaruf nahi munkar. Aku tidak mahu masuk ke dalam perdebatan hukum perempuan wajib bertudung atau tidak. Bolehkah wanita Muslim botak atau tidak. Tinggalkanlah persoalan itu kepada mereka yang faqih.

Tidak ada kebebasan mutlak bagi manusia, siapa pun dia. Lelaki mahupun wanita. Manualnya ada dalam al-Quran, dan aplikasinya pada Rasulullah SAW. Daripada terburu-buru menghentam setiap kata mufti yang tidak bersesuaian dengan citarasa kita, apa kata kita ambil sedikit masa untuk mengkaji/memahami pernyataan mereka itu. Ya, mereka bukan nabi, mereka mungkin silap, kita juga mungkin silap bukan?

Oh ya, untuk menjawab soalan, adakah ayat Quran melarang wanita membotakkan kepala. Aku tidak tahu. Us Nasrudin Thantawi ada menulis di sini. Bacalah!

Ada hadis Rasulullah yang melarang wanita membotakkan kepala menurut tulisan itu. Ya, kalau bukan Rasulullah, siapa lagi yang kita mahu ikut? Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam bukunya Sirah Nabawiyah: Insan Teladan Sepanjang Zaman membuat perumpamaan, orang yang tidak mengambil teladan/petunjuk dari Rasulullah SAW, umpama orang sesat jalan, bertemu dengan polis trafik, tapi tidak mengambil kesempatan untuk bertanya arah yang betul.

Jadi, sudahkah kita bertanya/mengkaji dari sumber yang betul?

Allah saja yang Maha Mengetahui!

Advertisements

18 Respons

  1. MM mmg camtu.. dulu kes sorg artis yg kena tangkap berpakaian ‘seksa’ kat kelab malam pun dia yg dok backing..

  2. dude, mufti tajassus kata apa?

    Tok Mudin: exactly! Itulah yang bermain difikiran aku sebaik saja selesai tulis entri ini. 🙂

  3. lupa, ummu hadhari dan mek rizat ada komen belum?

    Tok Mudin: ntahla…

  4. eh, lawa apa budak kepala botak tuh.. kan pa’chik kan kan .. Biarlah dia botakkan kepala sebab dia kan bekerja. Bukan saja-saja. Lepas nih mesti meletup filem tuh. Siapa yg untung? Industri perfileman malaysia. Lagipun rambut tuh buleh tumbuh balik. Takpun, dia buleh pakai tudung. Sejukkk mata memandang. kan tok kan ….

    HUH!!! KEJINYA!!!!

  5. uikss .. mak dia pun tak marah. orang lain plak yang beria-ia nak pertikai keputusan dia yang dibuat semata-maat demi kerjayanya. kan ke kerjaya dia tu penting. itu periuk nasi dia. itu punca rezeki dia. apa hak orang luar nak pertikai keputusan dia? kepala tu dia yang punya. kalau kena kutuk sebab botak pun dia yang tanggung. kalau berdosa pun dia yang tanggung. orang luar takde hak nak cakap apa-apa. Alhamdulillah … lepas dia botak tu .. makin mencurah rezeki dia. makin banyak producer bagi watak yang bersesuaian dengan imej botak dia. apa orang lain nak sibuk? nak tabur pasir dalam periuk nasi dan lauk-pauk dia. This is a democrary country la. Opppsss .. l sound stupid writing in Malay! 😛

    Tok Mudin: Kak Izinni, aku lagi marah kat orang-orang yang cukup cepat menghentam/mengutuk/mengeji mufti-mufti atas nama kebebasan individu.

  6. deen,
    aku kata natalie portman dalam v for vendetta… ko ni tak reti bahasa ke tak reti baca? hahah…

  7. kalau budak ni… nampak macam penyu pun ada…

    Tok Mudin: hahaha!

  8. …dude… sama-samalah kita berdoa supaya pelakun ni, keluarganya dan juga sesiapa saja yang menyokong perbutanya segera mendapat hidayah dan keampunan Allah. Allah Maha pengasih dan maha penyayang. Semoga kita dan anak cucucicit kita sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat Allah. Seperti mereka-mereka yang lain pastinya satu hari nanti akan kembali kelandasan yang benar. Amin.

    Tok Mudin: Amin.

  9. ah dah bangang bangang juga! bukan pesoalan ada rambut atau botak persoalannya utamanya ialah aurat! ko botak pun itu tetap aurat! bodoh betul!

    Tok Mudin: 🙂

  10. Salam perjuangan tok mudin. Jumpa lagi insyaAllah

    Tok Mudin: Salam perjuangan!

  11. Salam,

    Tak tahu lah zaman sekarang macam-macam ada.
    inikah yang dikatakan acuan islam liberal?

    Hukum tetap Hukum ..

  12. din,
    yasmin jadi bodoh untuk pilem ni, kerana terlalu nak buat kontroversi… dia gadaikan realism dalam filem.
    secara lojik, kalau ko nak botakkan kepala orang secara paksa, tidak mungkin boleh botakkan sampai rapat kekulit kepala macam dicukur…
    kalau tengok dalam scene evey hammond dibotakkan oleh V dalam v 4 vendetta pun, dia cuma guna mesin saja, tak de sampai tinggal kulit kepala… kalau nak cukur, buatnya budak tu gerakkan kepala, tak ke bocor kepala budak tuh.. bodoh la sorang ayah kalau buat lagu tu kat anak, lagi pulak, buleh saja kalau cuma gunting bagi pendek saja.. tak perlu botak pun…
    tapi pasal nak cipta kontroversi, semua tu diabaikan…

  13. […] Andai rumah kalian dimasuki perompak, atau kereta kalian dicuri, atau kepala kalian dibotakkan, atau kalian disunatkan sekali lagi pada Sabtu (16/06/07) yang lalu dari jam 9.00 malam hingga […]

  14. Pa’chikkk!!
    Watchaaaa!!! Dush! Dush! Dusyummm!!
    *maka pa’chik dikejarkan ke wad kecemasan kerna dibelasah seorang budak perempuan yg botak. Siannnn*

    :p

  15. Kalau dah hukum tetap hukum.Nak lawan hukum tunggulah balasan disana nanti.
    Jangan diperbodohkan atas nama hak asasi.
    Gunakan hak asasi islam kita…….INGAT.

  16. Dah jumpa Jemaah Tabligh yang cukup kaya harta benda dan ilmu…
    Teringat kat Jemaah di Markas Alur lintah….
    Nitis air mata..betapa eratnya perpaduan dan ciri sunah…yang dekat-dekat situ tolong hadir-hadirkanlah…Insayallah ada petunjuk dari yang esa.

  17. manusia yg dh xtau nk pilih benar atau x,manusia mmg gemar mencabar hukum Allah…semoga kita n keturunan mendapat perlindungan Allah sentiasa.budak pompuan ni cute tp sayang….semoga die mndapat hidayah MU YA ALLAH

  18. SALAM.
    ape kene mengene ngan aurat plak…
    artis lain pun bukak aurat jgk,asal x serang artis lain..itu pilihan die,die dah beso blh pk s’dri..psl aurat pun die dh tau dr kecik lg,ske ati die la nk wat ape..org pki tudung pn blm tntu msk syurga..korang ingt lg x,kes org pki tudung labuh tp pki rantai salib kat dlm,itu lg naye beb!!!
    so,pk2 la sblm nk kutuk org..diri s’dri 2 dh ckup sempurne ke?????????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: