Dakwah Inside-Out

Ustaz Hasrizal

Ustaz Hasrizal jual nasi lauk ikan? Takkanlah!

Malam-malam pada hujung minggu lalu diisi bersama adik-adik pimpinan Institusi Usrah, MMU Cyberjaya. Mereka berkursus selama lebih 2 hari dalam satu program yang dinamakan BiPOPS (Bengkel Pengukuhan Organisasi dan Perancangan Strategik). Program yang dimulakan pada sesi 2001/2002 ketika aku salah seorang pimpinan IU. Sekarang, ia sudah jadi tradisi.

Sesi yang masih bermain dalam minda aku adalah pada malam Sabtu, bersama Us Hasrizal. Beliau membuka mata aku untuk melihat dakwah dari sudut pandang yang berbeza dari sudut pandang yang biasa. Dakwah inside-out.

Dakwah harus datang dari dalam. Berdakwah kerana nilai yang dipegang di dalam diri. Nilai yang menjadi bahan bakar menyalakan api. Nilai itu yang perlu ada bagi seorang da’ie.

Ini kerana dakwah itu adalah fitrah. Ia sebahagian dari diri kita. Sepertimana kita seronok berkongsi dengan orang lain tentang makanan yang sedap, anak kita yang comel, movie yang bagus, buku yang menarik, maka begitulah juga dakwah. Kita perlu rasa seronok menceritakan Islam.

Selama ini, aku hanya melihat dakwah sebagai satu kewajipan, bukan satu keseronokan rohani. Kini, aku perlu keseimbangkan antara keduanya.

Ya Allah ya tuhan kami, kurniakanlah kami istiqomah. Amin!

Advertisements

4 Respons

  1. Tok Mudin: Terima kasih, sambungan dah ada?

  2. henry masuk barca dah ni… hehe…

    Tok Mudin: Pakchik, aku tanak komen lagi pasal tue… tunggu dan lihat ajelah 🙂

  3. Amin..

  4. […] malam aku mahu menjemput Us Hasrizal ke BiPOPS, pintu rumah sudah ku kunci dari luar.  Tiba-tiba terdengar tangisannya sambil mengetuk pintu dari […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: