Adam dan Cicakman

Pada usia setahun lebih sedikit ini, Adam mula lebih bermanja dengan Babanya berbanding Umminya. Entah mengapa. Dapat merasakan kehadiran orang baru?

Setiap kali melihat Babanya hendak keluar, pasti mahu mengikut. Asyik mahu berkepit aja! Kadang-kadang it break my heart, melihat dia menangis, mengikut aku. Pada malam hari, akulah yang bangun menyediakan susu bila dia tersedar dan merengek meminta susu. Aku pula, selalu bekerja malam. Kadang-kadang, apabila tersedar dan melihat aku tiada di dalam bilik, bangunlah dia sambil menangis, mencari-cari aku sampai ke dapur dan bilik air. Umminya tidak dikacau.

Pada malam aku mahu menjemput Us Hasrizal ke BiPOPS, pintu rumah sudah ku kunci dari luar.  Tiba-tiba terdengar tangisannya sambil mengetuk pintu dari dalam rumah.  Serba salah aku dibuatnya. Malam esoknya, aku bawa dia bersama.  Pakcik-pakcik dan makcik-makcik sibuk berbengkel, tengoklah Adam sibuk buat apa di bawah meja!

Sibuk si Adam bermain dengan Cicakman. Ya, yang berbaju merah itu Cicakman. Tak percaya? Tanya Ummu Nufayl. Heh! Lewat Adam balik malam itu, sampai di rumah lebih jam 1.00 pagi.

Tak senang duduk Ummu Adam di rumah, menunggu anak kesayangan yang seorang ini. Hehe 😀

Advertisements

9 Respons

  1. din, bidio tu.. memang aku dah letak semua sekali la… ko je yang tak jumpa.
    eleh.. sedih la tu henry masuk barca… hikhikhik…
    arsin hanger tu pun dah nak blah… hekhekhek…
    Weh.. bini ko tak marah ke tengok gambar tu.. biar anak meniarap atas lantai.. hehe..

    Tok Mudin: Pakchik, dah tengok dah semua. Terima kasih. Pasal Henry, tanak komen 🙂
    Bini aku marah juga, tapi bukan pasal meniarap atas lantai, tapi pasal balik lambat. Haha!

  2. “Tiba-tiba terdengar tangisannya sambil mengetuk pintu dari dalam rumah”

  3. hmmmm adam nak dapat kawan ke? kalau ya .. tahniah.
    rasanya tak pelik .. anak2 saya bila dah masuk setahun lebih terus rapat dengan ayah depa. macam nisaa’ … sekarang asyik nak ayah dukung tapi kalau nangis dan nak tido masih cari ibu. elok la adam rapat dengan ayah dia. beri peluang pada ummu adam untuk berehat pulak 🙂

    Tok Mudin: Insya Allah (sila rujuk entri Bidan Melayu Terakhir).

  4. oohh…alhamdulillah.

    Tok Mudin: 🙂

  5. izi,
    kan hari tu dia cerita pasal bini baca buku perbidanan melayu hapa ntah…

  6. alahai.. comeiinya, normal laa tu.. budak kecik2 ada 6th sense.. he he

    Tok Mudin: Selamat mai sini. Terima kasih 🙂

  7. OOoo..nampaknya Adam mula hendak bermasyarakat. Ada tokoh jadi Yang Berkhidmat tu di kemudian hari. Kena didik betul-betul tu, tok. 😀

  8. la… tok biar kan dia dok ‘lap’ lantai? bertuah betuii! kalau hubby cik kema… dah lama cek piatttt tlinga dia! huhu!

    Tok Mudin: Cik Kema, nanti kalau kamu ada anak yang ‘super hyperactive’ macam Adam ni, kamu tahulah sendiri! 🙂

  9. Cicakman dipanggeynya Nufayl!
    hehe…actually, baju yang Nufayl pakai malam tu dia panggey “aju wawi” (baca: baju Mawi). taktau sapa ajaq. Baru belikan baju, suruh pakai…terus bg komen tu. so, mlm tu actually mula2, dia ‘malu2’ nak pakai baju tu (perasan budak kecik tu!).
    oklah tu, Nufayl jd tokguru Adam merangkak bawah meja. Tokmudin jd tokguru Ummu Nufayl blog kan?!
    btw, budak2 aktif ni just tengok2kan asal tak merbahaya dah la. kalau semua nak larang…terbantut pulak nanti. 🙂 you know what I mean aa? heh…

    Tok Mudin: Hehheh, Nufayl ajar Adam benda sesat! 😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: