Apa nak buat dengan RM30,000?

Menjelang sambutan kemerdekaan Malaya yang ke-50 nanti, setiap kawasan Parlimen akan dapat RM 30,000. Di ulangi, setiap kawasan Parlimen, termasuk Kubang Kerian, Pengkalan Chepa dan Pendang.

“When it comes to the 50th Merdeka celebrations, there will be no political difference.”

Kata Rais Yatim.

Jasin dan Machang mesti terlompat-lompat gembira. Berapa banyak nanti akan dihabiskan untuk beli ‘Jalur Hadhari’ dan berapa banyak masuk poket kroni tak tahulah. Tertunggu-tunggu juga bila Pak Lah nak tukar Jalur Gemilang jadi Jalur Hadhari, legasi Mahathir mesti dipadamkan dari sejarah Malaya.

Berbalik pada RM30,000 tadi. Semua 219 Parlimen akan dapat, jumlahnya RM 7.2 juta. Aku bersangka baik, sebagai seorang rakyat Malaysia, aku juga akan dapat manfaat dari duit itu. Tapi agak-agaknya apa boleh dibuat agar semua dapat manfaat? Beli dan gantung bendera, konsert artis? Selama ini, tak pula aku rasa aku dapat apa-apa manfaat dari benda itu.

Jadi, agak-agaknya apa yang boleh dibuat dengan RM 30,000?

Advertisements

5 Respons

  1. kenduri kawin lagi satu pun lepas RM30k tu .. 😀

    Tok Mudin: Itu pun kawin sederhana, kan kan kan?

  2. kalo bagi aku 30k tu.. aku gi cari tanah kebun kat ulu-ulu nuh…. banyak ekar gak buleh…
    sapa tau.. bila mereka tu mansuhkan akta tanah kelantan neh… bila cina buleh beli… fuh.. melambung le regenya…
    sabit tu la ni banyak yang dok ngendeng nak beli tanah kot kawasan neh…

    Tok Mudin: ah, bagus idea tuh! carikan untuk aku boleh 10 ekar! eheh!

  3. kalau pegi umrah lima beranak pun lepas.

  4. kasi langsai ptptn aku pun baguih doh..

  5. kalu anta ko aku bleh aku wat beli tangki besar boh air hehe xdok air sokmo!
    kerajaan negeri pahang xcaro ko rakyat felda nih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: