Tazkirah Ringkas: Dengarlah Allah

Berapa ramai di antara kita apabila mendengar al-Quran dibacakan, seolah-olah mendengar Allah berkata-kata langsung (direct) kepada kita?

Satu kisah klasik ialah bagaimana Umar al-Khattab menerima agama Islam. Dalam perjalanan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, beliau diberitahu bahawa adik perempuannya telah mengikut agama Muhammad. Apabila sampai di rumah adiknya itu, beliau mendengar suara membaca al-Quran. Tidaklah salah jika dikatakan bahawa Allah Taala berkata-kata terus kepada Umar.

Sesungguhnya akulah Allah, tidak ada Tuhan melainkan aku, sembahlah aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiku. [20:14]

Kalau kita pada hari ini, tidak terkesan sedikit pun apabila mendengar bacaan al-Quran, kita adalah lebih teruk daripada Umar di zaman jahiliyah. Yang menurut sesetengah riwayat (ada riwayat yang menafikannya) pernah membunuh anak perempuan sendiri.

Allah sahajalah yang Maha Mengetahui.

Advertisements

Satu Respons

  1. din, aku tak paham bahasa arab…. susah juga.

    Tok Mudin: Pakchik, aku tahu, aku pun sama. Tapi sekurang-kurangnya diam bila dengar bacaan al-Quran. Orang sekarang dah tak ambil peduli. Nanti cuba-cubalah untuk faham 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: