050707-080707

050707

16:30 – Terima SMS dari Abe Kie (abang ipar Tok), ‘Noor dalam bilik bersalin dah, masuk jam 3.45 petang tadi’.

18:55 – SMS dari Abe Kie lagi, ‘Noor telah selamat bersalin normal baby girl seberat 4kg jam 6.30 petang tadi. Semua ok’.

Malam, Abah dan Ma sampai dari Kelate.

060707

Kerja macam biasa. Ummu Adam cuti. Adam demam. Tak jadi nak menjenguk baby girl. Famili Abe Ama sampai KL dari Miri.

070707

Apa ada pada tarikh? Semua berkumpul di rumah Abe Kie & Noor. Satu keluarga besar. Abah, Ma, 7 anak, 3 menantu dan 5 orang cucu. Termasuk cucu perempuan sulong Abah dan Ma.

080707

Abah, Ma, famili Abe Ama dan Sepo datang rumah. Ummu Adam masak tomyam seafood. Nasi yang Tok Mudin masak tak cukup (tak biasa menanak banyak). Hehheh!

Lepas itu, 4 hero (Zikry, Azim, Syafiq dan Adam) pergi mandi kolam di kediaman Sepo.

[Gambar-gambar, kemudianlah! Tak sempat nak upload lagi.]

Jadi, apa ada pada tarikh? Kalau orang kata 070707 itu special, ada juga benarnya barangkali. Bukannya senang satu keluarga besar dapat berkumpul bersama, dari Kelate, Miri, Tmn Melawati dan Shah Alam. Walaupun ia hanya satu kebetulan. Kan?

p/s: Ada orang kata, tiada kebetulan dalam hidup. Itu kita bincang kemudianlah!

Advertisements

5 Respons

  1. tiada kebetulan dalam hidup? semua kesalahan saja la…? haha…

    Tok Mudin: ya betul..erk..salah!

  2. wah2 syoknya dpt berkumpul2 ramai… tambah syok dpt ahli keluarga baru… 😀

    pa’chik loyar buruk sungguh…

    err yeke xde kebetulan?? byk kali sgt kebetulan berlaku kat saya.. sampai kalu cite cam x caya je.. hehe..

    Tok Mudin: cerita dululah, nanti kita tengok itu kebetulan atau kesalahan 😉

  3. pa’chik memang loyar buruk! apara!

    herm… apa ada pada tarikh? ade nombor jer. hik hik!

    Tok Mudin: Tok tambah, buruk dan busuk! hik hik!

  4. wei… kan dah bagi tau ari tu… aku belum pun jadik loyar lagi.. takkan dah buruk…

    eh eh… kema… kamu baru jadi loyar ke? hahah…

    Tok Mudin: Ini kes tak sempat jadi lagi dah buruk la ni… hehheh!

  5. 070707 adalah hari Sabtu. Hari Sabtu adalah hari adikyah pegi daftar. dan kendian kena plak bayaq yuran. duit, duit. 070707 hari sabtu. hari terjumpa kawan-kawan. 070707 adalah Sabtu yg penuh dgn kepenatan. berbaris panjang-panjang. nak bayaq yuran. penat dan menyusahkan. Jadi ada apa dgn 070707, semuanya hanya kebetulan. Nanti kita bincangkan. kerna ianya bukan sekadar satu kesalahan!

    he he he 🙂

    Tok Mudin: ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: