Makan malam bersama Wayne & keluarga

Sabtu lalu, aku menjemput Wayne dan keluarganya makan malam di rumah. Wayne ini adalah colleague aku yang aku pernah aku ceritakan di sini dan sini.

Sepatutnya kontrak Wayne di Malaysia tamat hujung bulan ini, tapi Alhamdulillah, disambung 3 bulan lagi. Taklah penat sangat aku kalau dia ada.

Ummu Adam masak apa? Tomyam seafood, siakap masam manis, ayam goreng. Sampai ke hari ini, Wayne masih memuji-muji masakan Ummu Adam. Heh! Dan tak habis-habis juga dia memuji ke’cute‘an Adam.

Wayne membuka hadiah untuk Adam

Ummu Adam menyuap Adam dan Ella makan

Adam main mainan Ella

Sambil makan, borak. Apabila ditanya berapa banyak perkataan Melayu (Malaysia?) yang telah dipelajari hampir setahun di Malaysia, jawapannya hampir tiada. Kenapa? Kerana mereka tidak terdesak untuk belajar bahasa Melayu. Tanpa tahu bahasa Melayu pun, mereka boleh survive di Malaysia. Berbeza sekali dengan situasi di Algeria dulu, kata Susan (isteri Wayne). Disana, mereka terpaksa belajar bahasa Arab dan Perancis untuk hidup.

Kata hati aku, bagaimana bahasa Melayu (Malaysia?) mahu berkembang?

 

Text Link Ads

Advertisements

10 Respons

  1. tukar kerajaan!!!


    kisah katak pun buleh makan… tak perlu jadi ahli partai unaited puru nasional organaizesyen.

    Tok Mudin: hehheh! Mung ni minat sungguh ko hamid derani? :>

  2. salam.. sy punya kwn serumah dr negara jiran.. masa dtg ke sini, bahasa melayunya tunggang terbalik.. duduk serumah dgn kami, kena paksa ckp melayu.. hasilnya tak sampai sebulan, dia sudah fasih.. ehe.. dlm belajar bahasa, yg penting jgn malu bertanya.. dan lg satu, bersedia utk diketawakan apabila tersalah kata.. haha..

    Tok Mudin: Negara jiran ok la… serumpun lagi… 🙂

  3. mat2 bangla org asing yg plg cepat pandai berbahasa melayu.. heheh..

    Tok Mudin: Baca komen Pakchik di bawah! HehhehE

  4. Sahabat saya dulu, dari Yaman, katanya bahasa melayu amat mudah baginya.

    Tok Mudin: Saya rasa, persoalannya bukan bahasa Melayu itu susah atau mudah. Persoalannya mahu belajar atau tidak. Dan di pihak kita (maksud saya mereka yang berkuasa) ada atau tidak kemahuan politik untuk memperkembangkan bahasa Melayu?

  5. achik banyak kawan mat bangla ye? hehe…

  6. errr .. apsal ko tak paksa dia cakap melayu dengan ko?

    errr .. ada can berbesan dengan orang putih hang ni nanti .. hehehehhe

    Tok Mudin: Hehheh! Insya Allah 🙂

  7. manade minat.. aku pinjam je sidi tu dari tokei kedai kupi yang selalu muncul dalam blog aku tuh… tapi pasal dia tengah galak serang geng keris, dan juga, pasal dia tengah nak tarik balik apa yang dia sebut masa dalam geng keris dulu… ok la… itu baru cara orang tukar parti… bukan takat umum keluar saja… macam orang bertaubat ngan mintak maaf la.. kena sebut apa salahnya dulu… luahkan kekesalan…

    Tok Mudin: ya la… jangan sampai backfire kat PAS dah la… orang bukan suka sangat cakap berdegar-degar ni… 🙂

  8. seorang sahabat saya bercerita, semasa di ukm, ada seorang student Arab datang bertanya sesuatu di dalam bahasa melayu. Kasihan student itu bersusah payah bercakap melayu. Entah kenapa, spontan semua menjawab dalam bahasa inggeris.

    Tok Mudin: xara, itulah orang kita… lebih inggeris dari inggeris 🙂

  9. awat mudin x ajar wayne berbahasa Melayu biar dia fasih..sempat lg tu..3bulan lg dia duk sini..

    Tok Mudin: aku bukan cikgu.. hehheh!

  10. Hahaaha soh member ko msk sekolah dlu la kalu nk suruh cikgu ajar gak..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: