Cerita orang makan gaji (2)

Sejak habis belajar di MMU pada Nov 2003, aku sudah bekerja di tiga tempat yang berbeza.  Kerja yang pertama, aku anggap sekadar mengisi masa menanti peluang yang sebenar tiba. Kerja sebagai sales engineer di tempat aku buat latihan industri. Tidak ada temuduga, habis practical, terus ditawarkan sambung bekerja disitu. Aku pun apa lagi, umpama pengemis dihulurkan wang, terima sajalah!

Tak lama aku disitu, 3 bulan sahaja. Kemudian berpindah ke syarikat yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan untuk sistem antena dalam bangunan (inbuilding coverage). Di sinilah aku mula berkenalan dengan bidang telekomunikasi. Aku suka dengan apa yang aku buat di sini. Sangat suka. Tapi malangnya, majikan aku yang ini teruk sekali! Kebajikan pekerja tidak terjaga langsung. Aku kerja siang dan malam, 7 hari seminggu. Overtime tidak dibayar!

Aku tertekan, mula mencari kerja lain. Dalam kesempitan itu, abang aku memberi jalan keluar. Sebuah syarikat kejuruteraan elektrik di Miri memerlukan seorang jurutera untuk menggantikan abang aku yang baru berhenti. Belum diambil bekerja, aku telah ditaja tambang penerbangan pergi balik ke Miri, untuk bersua muka dengan bakal majikan baru itu.

Bagaimanapun, tawaran kerja di Miri itu aku tolak. Banyak sebabnya. Antaranya, merasakan tidak berbaloi untuk kesana, dan juga pada masa itu, tengah kenen-kenen dengan Ummu Adam (:D). Alhamdulillah, aku buat keputusan yang betul dengan menolak tawaran itu kerana kemudiannya datang panggilan temuduga untuk kerja aku sekarang. Dan selepas 2 tahun 10 bulan, aku masih di sini. Ya, aku masih di sini, masih belum hantar surat macam seorang cik puan tu.

Adakah aku akan hantar surat sebegitu dalam masa terdekat? Bersambung…

Advertisements

5 Respons

  1. Kau MMU mana dulu ekk? Cyberjaya ke Melaka?

    Alhamdulillah. Rezeki ada di mana-mana.

    Aku pulak dulu-dulu suka pergi interview, bila dah dapat aku tolak. 3-4 kali juga aku buat macam itu. Alasannya menguji pasaran. Huh!

    Tok Mudin: Cyberjaya. 🙂

  2. pegi je kalau lebih baik… semayang mintak petunjuk la kalau kebuntuan…

    Tok Mudin: Insya Allah.

  3. saya dah 2 thn 8 bulan kat sini..
    bila tensen2 je mesti kata nak carik keje lain..
    tapi x carik2 pun.. hehe 😉

    Tok Mudin: Bezanya kita, aku mencari kerja lain bukan kerana tensen. Kerana apa? Tunggu sambungannya lah…

  4. salam tok,
    ada kenal khairil reza kat siemens tu?

    Tok Mudin: Tak kenal, saya kurang bersosial 🙂

  5. […] makan gaji (3) Posted by mudin001 under Kerjaya  Ini artikel yang sangat baik untuk orang makan gaji. Seperti aku dan sebilangan besar daripada kamu. You don’t stay at one company your whole […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: