Ok la… aku cerita, aku cerita!

Bengang. Dikejutkan pada jam 0040 oleh deringan telefon bimbit bertalu-talu. Mat Saleh yang sepatutnya bertugas malam ini tidak dapat dihubungi. Mabukkah mamat itu? Terpaksalah aku menggantikannya. Nasib baik rumah aku dekat saja dengan tempat kerja, tak sampai 10 minit.

Ops… bukan itu yang mahu aku ceritakan.

Sekarang pasal forum. Aku sampai lebih sedikit jam 9 pagi. Majlis baru bermula. Kehadiran, tidaklah seramai di masjid wilayah, kata beberapa hadirin yang hadir. Aku tidak tahu, kerana aku tidak hadir ke masjid wilayah sebelum ini.

Tak banyak yang ingin aku ceritakan. Kebanyakannya tidak ada benda yang baru. Apa yang diutarakan oleh ahli-ahli panel yang hadir itu perkara sama yang telah selalu diulang-ulang.  Tetapi yang menjadikan forum ini istimewa barangkali, adalah kemunculan ahli keluarga Azalina @ Lina Joy sendiri. Ibunya, adik beradiknya, dan juga bapa saudaranya.

Bapa saudara Lina Joy menceritakan kronologi apa yang berlaku. Bermula dengan perkenalan Lina dengan Johnson pada tahun 1994 kerana kemalangan yang dialami oleh Lina. Johnson adalah orang yang menolongnya membuat laporan polis, menguruskan tuntutan insurans kereta dan lain-lain. Memang baik orangnya, kata beliau.

Setelah kantoi kerana ibunya terjumpa salib di dalam beg tangan Lina pada tahun 1997, pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarganya untuk mengembalikan Lina kepada Islam. Termasuklah meminta bantuan JAIS, Mufti Selangor ketika itu Dato’ Ishak sendiri turun padang bertemu dengan Lina. Tahun lalu, ibu Lina ke Makkah mengerjakan umrah, memohon kepada Yang Esa untuk mengembalikan Lina. Hidayah itukan kerja Tuhan? Ini untuk menjawab tuduhan liar yang mengatakan keluarga beliau sendiri tidak ambil kisah.

Satu lagi panelis yang benar-benar menarik perhatian aku ialah peguam Pawancheek Merican. Pendek sahaja, tapi padat. Beliau menyentuh dua perkara sahaja.

  1. Penggubalan undang-undang menghalang orang Islam keluar dari agama Islam yakni murtad adalah dibawah bidang kuasa negeri-negeri. Pada saat ini, ada empat negeri yang belum ada undang-undang ini, iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Untuk makluman, Lina Joy dibaptiskan di Wilayah Persekutuan. Bila empat negeri ini mahu luluskan undang-undang tersebut? Kamu tanyalah mereka yang sepatutnya kamu tanya.
  2. Persoalan Malaysia, negara Islam atau negara sekular. Kata beliau (berdasarkan pemahaman aku), mengikut perlembagaan, Malaysia bukan negara sekular. Ini kerana negara sekular, tidak boleh memilih agama untuk rakyatnya, tidak boleh ada favoritism terhadap mana-mana agama, dana negara juga tidak boleh dibelanjakan untuk kepentingan mana-mana agama. Perlembagaan Malaysia terang dan jelas menyebut Islam sebagai agama rasmi, Malaysia juga memperuntukkan berbillion(?) ringgit untuk kemajuan(?) Islam (Hadhari?). Pembinaan masjid-masjid, JAKIM, IKIM, dan lain-lain. Kesimpulannya, Malaysia bukan negara sekular. Persoalan samada Malaysia negara Islam atau tidak, itu adalah perkara lain yang amat kompleks untuk dibincangkan.

Hah, siapa suruh aku bercerita? Kan panjang tu. Itu baru 2 panelis. Mahu lagi? Baca apa kata Mahaguru58, beliau ada banyak gambar 🙂

Bengang, bengang! Belum habis lagi bengang….

Advertisements

4 Respons

  1. cheh.. panjang apa… takde sidi ke wei… hahah…

    Tok Mudin: Haha… tak panjang ker? CD tak tahulah.

  2. Er.. kalau dalam hukum Islam sebenarnya, hukuman untuk si murtad adalah BUNUH!! Boleh terpakaikah di bumi Malaya ini?

    50 tahun merdeka! 50 tahun juga masih belum lepas dari jajahan!

    Tok Mudin: Adikyah, itu bukan persoalannya sekarang. Bukankah telah dinyatakan diatas, persoalan Malaysia itu negara Islam atau tidak, terlalu kompleks untuk dibincangkan. Kalau negara pun belum Islam, bagaimana nak dipakaikan hukum Islam?

  3. panjang ke? idak ler panjang. baru sedap nak baca dah abih. isyyyy .. sambung ler lagi. mahaguru lain, tok mudin lain.

    pada pendapat aku kenapa 4 negeri tu masih takde undang2 halang murtad.
    Wilayah Persekutuan – ramai cina. DAP agak kuat disini. takde sultan, hanya agong yang secara tak langsung bertanggungjawab kat negeri dia sendiri gak. gerakan islam di wilayah rasanya tak kuat. dan orang kota ni tak berapa nak peduli pada hal2 agama .. mungkin… sebab asyik kejar harta.

    Pulau Pinang – sah2 ketua menteri pun kafir!! sultan lagi ler takde gak!!

    Sabah dan Sarawak – macam wilayah dan PP, dua negeri ni takde sultan. gerakan missionary agak kuat disini berbanding gerakan dakwah islamiyah. bila difikir balik, kekadang sabah dan sarawak seolah ‘terpinggir’ bila berbicara tentang isu Islam dan sebagainya. itu yang aku rasa. mungkin aku salah.

  4. […] Lina Joy. Ceritanya lebih kurang sahaja dengan apa yang diceritakan oleh bapa saudara Lina Joy di forum Islam dan Cabaran Semasa bulan lalu.  Kepada yang tidak berpeluang hadir ke forum tersebut bolehlah mendapatkan naskhah […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: