Cerita orang makan gaji (6)

Tiga tuntutan yang aku maksudkan sebelum ini adalah seperti berikut:

1.  Dapatkan seorang pembantu untuk aku secepat mungkin.

Beban kerja aku terlalu banyak. Siang dan malam kena kerja. Untuk setiap aktiviti yang akan dijalankan pada waktu malam, aku perlu buat persediaan dan koordinasi dengan semua pihak yang terlibat pada waktu siangnya. Tidur aku tidak terurus.  Walaupun Wayne ada, tak banyak dia boleh membantu, hanya tahu buat konfigurasi sahaja. Aku perlukan pembantu lokal untuk memudahkan komunikasi dengan kontraktor yang rata-ratanya tidak begitu boleh berbahasa Inggeris.

Jawapannya: Memang permohonan telah dibuat, tapi proses kelulusan sangat susah kerana syarikat masih lagi dalam proses penstrukturan semula disebabkan penggabungan yang berlaku April lalu.

2.  Career Development.

Faktor utama aku mahu menukar kerja, bukanlah sebab aku tidak suka kerja ini atau disebabkan tekanan. Tetapi lebih melihat kepada perkembangan kerjaya aku. Sudah hampir tiga tahun aku melakukan perkara yang sama. Sudah jadi rutin. Orang kata, pejam mata pun boleh buat. Tidak banyak benda baru yang aku belajar. Aku terperangkap di sini, kerana tidak ada orang lain yang boleh melakukan kerja ini. Sebab itulah aku buat tuntutan yang pertama.  Apabila sudah ada orang yang boleh buat kerja aku ini, bolehlah aku mula terlibat dalam projek-projek yang lain.  Sudah hampir 2 tahun, aku tidak attend mana-mana training, bagaimana mahu berkembang? Jadi tuntutan kedua aku ialah, supaya dibenarkan terlibat dalam projek lain, diberi latihan untuk produk-produk dan teknologi lain.

Jawapannya: Mereka mengakui kesilapan mereka, mengabaikan aspek personal development aku. Mentang-mentanglah aku buat kerja, tak pernah complain, maintain low-profile. Mereka bukan tak tahu, tapi take for granted, orang kata. Ini mereka berjanji akan diselesaikan, ini hutang mereka dengan aku.

3.  xx% Salary Increment.

At the end of the day, money will decide.  Itulah yang aku katakan kepada bos-bos aku.  Aku merasakan bayaran yang aku terima tidak setimpal dengan kerja aku. Jika mereka mahu aku kekal, I must be paid with salary that reflects my importance to the company!  

Jawapannya: Well, aku tak jadi berhenti kan? Hehheh!

Oh ya, Pakchik tanya, cuti aku macam mana? Malaslah nak tulis, biarlah gambar-gambar dibawah ini sahaja yang bercerita. Klik pada gambar. 🙂

Langkawi Trip ’07

Advertisements

7 Respons

  1. laaaa pulakkk

  2. Hua! Hua! Ha!

    Bercoti sakan nampaknya! Selamat! Selamat! Permohonan tok nampaknya berhasil. Bila la aku plak nak memohon nih.. huhuhu..

  3. 1. buleh buleh… kalau perempuan yang cun tapi dak leh wat kerja nak dak? kekekek….

    2. kursus btn nak gi? kekekek…

    3. gaji… errr…. kita minom dulu…

    oi oi.. bila masa aku tanya pasal coti neh? kekekek…

  4. KB, heh!

    Adikyah, kamu nak minta apa?

    Pakchik, letak la nama! erk… perempuan cun tu, ada no. phone dia? heh!

  5. hehehe..a very good three tuntutan. Pekerja yg bagus mmg boleh demand. Wah..hebat la tok mudin!

  6. 1) Nak mintak naik gaji
    2) Nak mintak kurangkan kerja
    3) Nak mintak benti kerja

    😀

  7. […] ini berkaitan dengan cerita orang makan gaji yang mahu demand dengan majikan.  Kalian rasa tidak dibayar seperti selayaknya? Bacalah Requesting (and […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: