Ogos dan buku

B2794 Bulan Ogos yang baru berlalu boleh dikatakan agak produktif bagi aku dari segi bilangan buku yang berjaya aku habiskan, iaitu empat buah buku. Tidak menghairankan kerana tiga daripadanya adalah novel yang boleh dibaca dengan laju dan santai sahaja. Hanya sebuah buku yang agak berat iaitu Warisan Pemikiran Islam menurut Syara’ dan Rasional oleh Muhammad al-Ghazali, terjemahan oleh Osman Khalid terbitan DBP (2003).

Buku ini merakamkan pemikiran penulis dalam pelbagai permasalahan umat Islam menyentuh pelbagai sudut, dari persoalan ilmu-ilmu Islam, wahyu dan hadith, pendidikan, bid’ah, wanita, penulisan sejarah dan juga sastera.

Bila_Tuhan_Berbicara1 Buku kedua ialah novel drama Bila Tuhan Berbicara oleh Faisal Tehrani.  Mungkin ia tulisan yang agak santai dari penulis tetapi banyak ilmu baru yang aku perolehi dari buku ini.  Dalam kesinisannya yang sering kali mengukirkan senyum dibibirku, terdapat banyak ilmu, nasihat dan falsafah yang perlu dihadam lebih dari sekadar senyuman. Sayangnya, Ummu Adam tidak menghabiskan buku ini. ‘Buku apa ini? Sahlan, Mazlan, Razlan. Sahlan, Mazlan, Razlan!‘ kata Ummu Adam. Hahhah!
5 bintang!

Buku ketiga, novel The Villa oleh Nora Roberts. Bacaan santai dengan plot yang agak baik.
4 bintang!

119T5Ny1jzL._SL110_ Dan buku keempat ialah novel The Alchemist, oleh Paulo Coelho.  Ini adalah novel dari penulis ini yang pertama aku baca. Aku suka buku ini. Sangat suka. Mengisahkan pengembaraan seorang pemuda pengembala biri-biri.  Bermimpi menjumpai harta karun, lalu mengembara jauh dari Andalusia menuju  ke Piramid di Mesir untuk mencari harta tersebut.  Apa yang menarik, bukanlah pengembaraan fizikal pemuda itu, tapi pengembaraan rohaninya, di dalam dirinya. Berbeza dengan beberapa review yang aku baca tentang buku ini, ada yang mengatakan buku ini sukar dihabiskan, aku merasakan buku ini sangat menarik dan dekat dengan jiwa aku.  Kalaulah buku ini ada versi Melayunya, aku pasti Abah juga pasti akan sukakannya!
5 bintang!

Oh ya, bicara tentang buku.  Kepada pembaca buku-buku Inggeris yang belum sampai ke Amcorp Mall, PJ, ada masa cubalah ke sana.  Ada kedai buku BookXcess yang menjual buku-buku dengan harga yang sangat murah. Buku-buku baru, bukan terpakai.  Bibliobibuli ada menulis tentang kedai ini.  Di Amcorp Mall juga ada tiga lagi kedai buku selain BookXcess. Ada Popular, ada Paylessbooks, dan sebuah lagi kedai buku terpakai, aku lupa namanya. Banyak pilihan, tapi hati-hati. Jangan sampai jadi bibliobankrupsi. 🙂

Advertisements

10 Respons

  1. bukan tak nak letak nama, tak perasan kotak name tu kosong, selalu ada… kekekek…

  2. Mumtaz! Bulan ni lagi banyak buku kotz? 😉 tu pandai wat review…kata tak sampai hati takut x adil? heh heh…
    we just write on what we get from it,kan?

    apa pun…ur review membuatkan terasa nak baca Alchemist tu. Err..jauh la AmcorpMall. Pinjam buleh? ekekek!

  3. Bila Tuhan Berbicara.. hehe .. dah lama beli, tp tak habis2 baca lagi. Kene baca buku yg lagi penting. Lepas abis buku penting tuh, baru baca buku itu.. 😀

    Tok ini memang Ulat Buku la.. er.. diulangi .. Ulat Buku yer! Bukan Ulat lain2.. hehehe..

  4. wah kagumnya.. 🙂

  5. Pakchik, hehheh, no tepon mana? 😀

    Kak Hany, hik… tak pandai pun. Ada ide, tulis sajalah. Buku The Alchemist dah diambil oleh adik saya, bila dia dah pulangkan, bolehlah kalau nak pinjam. Anyway, Seri Sentosa ke Amcorp Mall tu bukan jauh, dekat je 🙂

    Adikyah, ulat baca buku ke?

    Achik, apa yang kagumnya? Tak ada apa yang perlu dikagumkan 🙂

  6. salam

    oh saya sudah baca the Alchemist. Suka sangat-sangat, tapi memang jenuh nak menghabiskannya.

    ada dua buku yang saya janji untuk habiskan waktu cuti ni tapi sayang musim panas dah nak habis, buku-buku tu tak bersentuh lagi. Alahai.

  7. amcorp mall ek. huhuhuhu … buleh pergi jalan2 dengan nisaa’ sambil sambar buku. best!!

  8. […] juga bulan Ogos lalu, jumlah buku yang aku habiskan pada bulan September ialah 4 buah, mengekalkan kadar sebuah […]

  9. […] ada sesuatu yang aku pelajari dari novel The Alchemist, salah satu daripadanya ialah perjalanan adalah […]

  10. […] Cinta, Habiburrahman El-Shirazy 9. Atas Nama Cinta, Isa Kamari 10. Cinta Fansuri, A Samad Said 11. Warisan Pemikiran Islam menurut Syarak dan Rasional, Muhammad al-Ghazali 12. Bila Tuhan Berbicara, Faisal Tehrani 13. Permata dari Pulau Mutiara, […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: