Cerita Adam

IMAGE_00519

Hari kedua Ramadhan. Dua tiga hari ini aku kering ide untuk blog ini. Buntu. Tidak tahu apa yang mahu ditulis, dan kalau ada pun, sentiasa terhenti di tengah jalan. Tidak sampai ke butang Publish.

Aku tidak mahu komen pasal Batu Burok.  Biarlah ia menjadi batu nisan kepada demokrasi Malaysia ala UMNO-BN.  Takziah sajalah.

Aku tidak mahu komen pasal Khairy dan Nori dapat anak Ramadhan. Selamatlah menjadi ibu dan bapa. Tahniah sajalah.

Takziah juga kepada mangsa gempa bumi di Sumatera.

Seperti biasa, kalau aku tiada ide untuk entri, Adam akan jadi scapegoat. Cerita sajalah tentang Adam. Sejak balik dari Langkawi, ada apa dengan Adam?

  • Dibotakkan sekali lagi.
  • Tangan kirinya sakit hampir seminggu. Didakwa digigit oleh kawannya di nursery. Tapi tiada kesan gigitan. Tangan itu tidak boleh digerakkan. X-ray menunjukkan tiada tanda patah. Alhamdulillah, kini sudah baik.
  • Telinga kirinya sakit. Ada semacam nanah.
  • Kaki kanannya terkena seterika panas 2 hari lalu.

Ah… anak lelaki membesar, macam-macam! Kata Ummu Adam.

Advertisements

7 Respons

  1. ya aku memahaminya. kadang kadang terlepas juga kemarahan itu

    Tok Mudin: Oit… aku tak ada cerita pasal marah-marah pun :P. Tak apa… aku faham 🙂

  2. kata keri, mujo anak jantan tu tak ikut muka dia…
    hahaha… mak dia ada jantan lain ke?
    atau, takut mati cepat… [kan orang kata, anak jantan ikut muka bapak.. pendek umo…]
    atau.. rasa diri tak hensem…

    Tok Mudin: Pakchik, kan aku dah kata… aku tak nak komen… haha!

  3. Woah!!! Macho siotttttt si Adam! Adam posa ka time tuh hehehe… biasalah anak2 nak besar neh kan kan … 😀

    Tok Mudin: Err… aku tak naklah sebut Adam macho macam siapa… hehheh!

  4. http://webtv.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=20&Itemid=47

    ceramah pasal kes batu buruk… 9.45 male nih…

    Tok Mudin: TQ.

  5. salam tok,
    kesiannya adam. inshaAllah, maklumlah nak cepat besar.

    Tok Mudin: :), doakan saja Adam sihat sentiasa!

  6. adam ramadhan

  7. Salaam alaikum. Cute sungguh anak anta tu, alhamdulillah. Bila la ana nk ada anak yer huhu.

    Neway, i tagged u on my blog, all da best 🙂

    Tok Mudin: Waalaikumussalam sheh, terima kasih. Pasal tag tu… tengok la… hehheh! 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: