Cerita Adam

IMAGE_00519

Hari kedua Ramadhan. Dua tiga hari ini aku kering ide untuk blog ini. Buntu. Tidak tahu apa yang mahu ditulis, dan kalau ada pun, sentiasa terhenti di tengah jalan. Tidak sampai ke butang Publish.

Aku tidak mahu komen pasal Batu Burok.  Biarlah ia menjadi batu nisan kepada demokrasi Malaysia ala UMNO-BN.  Takziah sajalah.

Aku tidak mahu komen pasal Khairy dan Nori dapat anak Ramadhan. Selamatlah menjadi ibu dan bapa. Tahniah sajalah.

Takziah juga kepada mangsa gempa bumi di Sumatera.

Seperti biasa, kalau aku tiada ide untuk entri, Adam akan jadi scapegoat. Cerita sajalah tentang Adam. Sejak balik dari Langkawi, ada apa dengan Adam?

  • Dibotakkan sekali lagi.
  • Tangan kirinya sakit hampir seminggu. Didakwa digigit oleh kawannya di nursery. Tapi tiada kesan gigitan. Tangan itu tidak boleh digerakkan. X-ray menunjukkan tiada tanda patah. Alhamdulillah, kini sudah baik.
  • Telinga kirinya sakit. Ada semacam nanah.
  • Kaki kanannya terkena seterika panas 2 hari lalu.

Ah… anak lelaki membesar, macam-macam! Kata Ummu Adam.

Advertisements

Cerita orang makan gaji (4)

Aku dah buat keputusan. Surat sudah dikarang. Dua hari lagi, akan aku berikan surat itu kepada mereka yang sepatutnya.

Dan selepas ini, aku mungkin jarang-jarang kerja di malam hari seperti ini. Teringatkan Adam di rumah. Adakah dia sedang tidur senyenyak ini?

Atau adakah dia terjaga berkali-kali, mencari babanya untuk dibuatkan susu? Ah! Alangkah enaknya kalau aku juga dapat tidur selena Adam dalam gambar di atas. ZzzzZzzz….

Merdeka dan aiskrim

Kata Pakchik El,

Merdeka bagi adam ialah bila ko tak larang apa dia nak buat, bagi apa dia nak makan, suka dia mana nak panjat..

Mungkin inilah yang di maksudkan oleh Pakchik itu.

Cerita petang-petang

Pulang dari kerja. Buka sahaja pintu rumah, si ibu berlari-lari membuka tv. Si anak, terkedek-kedek mengutip CD Barney di atas lantai. Si ibu mahu tonton Manjalara. Si anak memegang CD Barney. ‘Nak, nak, nak, nak!,’ kata si anak.

Si ibu tidak mahu mengalah, si anak tetap nak, nak, nak, nak!

Nasib baik si bapanya cool sahaja. Nah, Ummi ambil tv. Adam ambil laptop.

Baba? Tetap dengan Dopodnya.

Haha!

Merdeka dan bendera!

Adakah kemerdekaan itu terletak hanya pada kibaran bendera?

Mestikah menyambut kemerdekaan wajib dengan mengibar bendera?

Patriotisme itu bendera, bendera itu patriotik? Begitu? Kalau ya, memang sah aksi berbahaya memanjat dan mengibar bendera ini sangatlah patriotik!

 

MORAL DARI CERITA INI: Patriotisme tidak perlu diajar sebenarnya. Anak kecil berusia 14 bulan pun tahu patriotisme dan kemerdekaan.

PENAFIAN: Tidak ada sesiapa yang mengajar Adam buat begitu. Abu Adam tidak, Ummu Adam pun tidak. Dan kami tidak beli bendera itu. Buang duit saja. Itu dapat dari Petronas lepas isi petrol RM40. 🙂

Giliran Adam pula…

Erk… kenapa ramai perempuan erk? 

Mencari kembar Ummu Adam

Hik hik… mari kita lihat siapa yang kena….

Tok Mudin punya? tunggu… hahaha!