Parlimen yang kita mahu…

Aku berkongsi sentimen dengan Al-Bakistani.  Sangat merindui suara-suara mereka ini di Parlimen. Lebih-lebih lagi kepetahan Almarhum Fadzil Noor sebagai ketua pembangkang dulu.

Ayuh! Kalaupun belum mampu jadi pemerintah, sama-sama kita kuatkan kembali pembangkang di Parlimen. Anda tahu apa yang perlu dibuat. Kita di ambang pilihanraya.

Nota Pintu Belakang: Apalah bodoh sangat sampai di jahat (aku tarik balik), melampau (aku tarik balik) dan ekstremis (aku tarik balik) itu boleh jadi Menteri Penerangan? Masa jadi SU Parlimen pun jadi bahan ketawa! Hahaha!

Advertisements

Apa erti merdeka ini?

Apa erti kita sambut merdeka???

Apa erti?

Apa erti?

Apa erti?

Melayu bangang atau cerdik?

Kurikulum pendidikan Malaysia menipu?

Jika benarlah fakta yang dikemukakan oleh blog BISEAN ini, maka ketahuilah wahai rakyat Malaysia yang pernah belajar geografi di sekolah menengah dahulu, bahawa kita semua telah ditipu.

Katanya, Gunung Kinabalu bukan gunung tertinggi di Asia Tenggara. Gunung tertinggi di Asia Tenggara ialah Hkakabo Razi di Burma dengan ketinggian 5881m.

Mt. Kinabalu as the tallest mountain in SE Asia is the product of novel and excellent marketing of tour agencies.

Kalaulah ini benar, bermakna fakta yang salah diajarkan di sekolah-sekolah di Malaysia. Buku-buku teks dicetak dengan fakta yang salah. Berapa ramaikah agaknya yang telah tertipu?  Apa nak buat?

Jom saman kerajaan Malaysia kerana membodohkan kita semua!

Ok la… aku cerita, aku cerita!

Bengang. Dikejutkan pada jam 0040 oleh deringan telefon bimbit bertalu-talu. Mat Saleh yang sepatutnya bertugas malam ini tidak dapat dihubungi. Mabukkah mamat itu? Terpaksalah aku menggantikannya. Nasib baik rumah aku dekat saja dengan tempat kerja, tak sampai 10 minit.

Ops… bukan itu yang mahu aku ceritakan.

Sekarang pasal forum. Aku sampai lebih sedikit jam 9 pagi. Majlis baru bermula. Kehadiran, tidaklah seramai di masjid wilayah, kata beberapa hadirin yang hadir. Aku tidak tahu, kerana aku tidak hadir ke masjid wilayah sebelum ini.

Tak banyak yang ingin aku ceritakan. Kebanyakannya tidak ada benda yang baru. Apa yang diutarakan oleh ahli-ahli panel yang hadir itu perkara sama yang telah selalu diulang-ulang.  Tetapi yang menjadikan forum ini istimewa barangkali, adalah kemunculan ahli keluarga Azalina @ Lina Joy sendiri. Ibunya, adik beradiknya, dan juga bapa saudaranya.

Bapa saudara Lina Joy menceritakan kronologi apa yang berlaku. Bermula dengan perkenalan Lina dengan Johnson pada tahun 1994 kerana kemalangan yang dialami oleh Lina. Johnson adalah orang yang menolongnya membuat laporan polis, menguruskan tuntutan insurans kereta dan lain-lain. Memang baik orangnya, kata beliau.

Setelah kantoi kerana ibunya terjumpa salib di dalam beg tangan Lina pada tahun 1997, pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarganya untuk mengembalikan Lina kepada Islam. Termasuklah meminta bantuan JAIS, Mufti Selangor ketika itu Dato’ Ishak sendiri turun padang bertemu dengan Lina. Tahun lalu, ibu Lina ke Makkah mengerjakan umrah, memohon kepada Yang Esa untuk mengembalikan Lina. Hidayah itukan kerja Tuhan? Ini untuk menjawab tuduhan liar yang mengatakan keluarga beliau sendiri tidak ambil kisah.

Satu lagi panelis yang benar-benar menarik perhatian aku ialah peguam Pawancheek Merican. Pendek sahaja, tapi padat. Beliau menyentuh dua perkara sahaja.

  1. Penggubalan undang-undang menghalang orang Islam keluar dari agama Islam yakni murtad adalah dibawah bidang kuasa negeri-negeri. Pada saat ini, ada empat negeri yang belum ada undang-undang ini, iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Untuk makluman, Lina Joy dibaptiskan di Wilayah Persekutuan. Bila empat negeri ini mahu luluskan undang-undang tersebut? Kamu tanyalah mereka yang sepatutnya kamu tanya.
  2. Persoalan Malaysia, negara Islam atau negara sekular. Kata beliau (berdasarkan pemahaman aku), mengikut perlembagaan, Malaysia bukan negara sekular. Ini kerana negara sekular, tidak boleh memilih agama untuk rakyatnya, tidak boleh ada favoritism terhadap mana-mana agama, dana negara juga tidak boleh dibelanjakan untuk kepentingan mana-mana agama. Perlembagaan Malaysia terang dan jelas menyebut Islam sebagai agama rasmi, Malaysia juga memperuntukkan berbillion(?) ringgit untuk kemajuan(?) Islam (Hadhari?). Pembinaan masjid-masjid, JAKIM, IKIM, dan lain-lain. Kesimpulannya, Malaysia bukan negara sekular. Persoalan samada Malaysia negara Islam atau tidak, itu adalah perkara lain yang amat kompleks untuk dibincangkan.

Hah, siapa suruh aku bercerita? Kan panjang tu. Itu baru 2 panelis. Mahu lagi? Baca apa kata Mahaguru58, beliau ada banyak gambar 🙂

Bengang, bengang! Belum habis lagi bengang….

Resolusi Forum Islam dan Cabaran Semasa

Ahad, 2 hari lepas, hadir ke forum anjuran PEMBELA di Masjid al-Falah, USJ 9. Insya Allah, kalau ada masa dan mood aku cuba kongsi apa yang aku dapat di sana. Sementara itu, kalau berminat, boleh muatturun dan baca resolusi forum tersebut.

ResolusiForum1

ResolusiForum2

Oh ya, Azalina @ Lina Joy, ibu kamu rindukan kamu!

Hadirin

(Gambar oleh Mahaguru58)

Merdeka dan bendera! (2)

Siapa yang lebih patriotik. Adam, atau perempuan dalam gambar ini?

aidasambut1afw7 aidasambutams2

(Sila baca: Ragam sambut 50 tahun merdeka)

Tok Mudin: Apa kata mazhab Hadhari ya?

Blogger Ikhwan ‘hilang’

Apa persamaan kerajaan Malaysia dan Mesir? Di Malaysia, kita ada Nat dan RPK. Kemudiannya ada monyet dan goblok.

Di Mesir, blogger ‘hilang’.

Ah… blogofobia ada di mana-mana. Kenapa ya?

 

Text Link Ads