Ibu Lina Joy dalam Forward

IMAGE_00514 IMAGE_00513

Majalah Forward keluaran September 2007 ada memuatkan cerita tentang ibu Lina Joy. Ceritanya lebih kurang sahaja dengan apa yang diceritakan oleh bapa saudara Lina Joy di forum Islam dan Cabaran Semasa bulan lalu.  Kepada yang tidak berpeluang hadir ke forum tersebut bolehlah mendapatkan naskhah ini.

For a Muslim like Kalthum, having an apostate daughter weighs heavily on her religious beliefs but she is a mother.

“No matter what has happened, Alin is still my daughter. Please pray in the enlightened month of Ramadhan that she comes back to her family,” she says.

Ya, bukan sahaja kembali kepada keluarganya. Tapi lebih lagi, kembali kepada Islam. Sama-samalah kita doakan. Amin.

Pelajar MMU bunuh diri. Ini dah kes keberapa ya? Something wrong somewhere…

Democrazy!

Di Jordan, seorang MP dari Ikwanul Muslimin diserang, dipercayai kerana mengkritik kerajaan.

Hidup democrazy! Atau sebetulnya, democrazy hidup dimana-mana sahaja. Jordan, Bahrain, Mesir dan Malaysia tentunya!  Apa nak buat? Teruslah bersenang-lenang, bajet pun mesra rakyat. Kan kan kan?

Saja-saja

Hari ini Sabtu. Bukan hari kerja, tapi ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Maklumlah, cuti panjang minggu lepas. Kerja dah siap, bolehlah ambil peluang untuk kemaskini blog.

Hari ini, aku saja nak perkenalkan 5 blog yang aku subscribe melalui feed reader aku. Secara rawak. Oh ya, untuk makluman, aku menggunakan Google Reader, kalau kamu tidak pernah menggunakannya, cubalah. Feed aku di sini.

  • Get Rich Slowly, daripada namanya pun, kamu pasti boleh teka ia adalah sebuah blog berkisar tentang personal finance. Highly recommended!
  • Bibliobibuli, blog untuk ulat buku.
  • Al-Husseyn, blog oleh seorang pesara cikgu. Pernah jumpa dengan beliau sekali, nampak lebih muda dari usianya 🙂
  • Tak Nak Lah!,  blog terbaru dari Pak Bakaq a.k.a Penarik Beca. Apa atau siapa yang dia tak nak tu?
  • Book Diva’s Reviews & News, ini juga blog untuk ulat buku.

Itu saja. Jumpa lagi. Wassalam.

Cerita orang makan gaji (7)

iStock_businessmeeting

Artikel ini berkaitan dengan cerita orang makan gaji yang mahu demand dengan majikan.  Kalian rasa tidak dibayar seperti selayaknya? Bacalah Requesting (and Receiving) the Raise You Deserve.

Mungkin ia boleh membantu. 🙂

He who is not courageous enough to take risks will accomplish nothing in life.

Muhammad Ali.

Ogos dan buku

B2794 Bulan Ogos yang baru berlalu boleh dikatakan agak produktif bagi aku dari segi bilangan buku yang berjaya aku habiskan, iaitu empat buah buku. Tidak menghairankan kerana tiga daripadanya adalah novel yang boleh dibaca dengan laju dan santai sahaja. Hanya sebuah buku yang agak berat iaitu Warisan Pemikiran Islam menurut Syara’ dan Rasional oleh Muhammad al-Ghazali, terjemahan oleh Osman Khalid terbitan DBP (2003).

Buku ini merakamkan pemikiran penulis dalam pelbagai permasalahan umat Islam menyentuh pelbagai sudut, dari persoalan ilmu-ilmu Islam, wahyu dan hadith, pendidikan, bid’ah, wanita, penulisan sejarah dan juga sastera.

Bila_Tuhan_Berbicara1 Buku kedua ialah novel drama Bila Tuhan Berbicara oleh Faisal Tehrani.  Mungkin ia tulisan yang agak santai dari penulis tetapi banyak ilmu baru yang aku perolehi dari buku ini.  Dalam kesinisannya yang sering kali mengukirkan senyum dibibirku, terdapat banyak ilmu, nasihat dan falsafah yang perlu dihadam lebih dari sekadar senyuman. Sayangnya, Ummu Adam tidak menghabiskan buku ini. ‘Buku apa ini? Sahlan, Mazlan, Razlan. Sahlan, Mazlan, Razlan!‘ kata Ummu Adam. Hahhah!
5 bintang!

Buku ketiga, novel The Villa oleh Nora Roberts. Bacaan santai dengan plot yang agak baik.
4 bintang!

119T5Ny1jzL._SL110_ Dan buku keempat ialah novel The Alchemist, oleh Paulo Coelho.  Ini adalah novel dari penulis ini yang pertama aku baca. Aku suka buku ini. Sangat suka. Mengisahkan pengembaraan seorang pemuda pengembala biri-biri.  Bermimpi menjumpai harta karun, lalu mengembara jauh dari Andalusia menuju  ke Piramid di Mesir untuk mencari harta tersebut.  Apa yang menarik, bukanlah pengembaraan fizikal pemuda itu, tapi pengembaraan rohaninya, di dalam dirinya. Berbeza dengan beberapa review yang aku baca tentang buku ini, ada yang mengatakan buku ini sukar dihabiskan, aku merasakan buku ini sangat menarik dan dekat dengan jiwa aku.  Kalaulah buku ini ada versi Melayunya, aku pasti Abah juga pasti akan sukakannya!
5 bintang!

Oh ya, bicara tentang buku.  Kepada pembaca buku-buku Inggeris yang belum sampai ke Amcorp Mall, PJ, ada masa cubalah ke sana.  Ada kedai buku BookXcess yang menjual buku-buku dengan harga yang sangat murah. Buku-buku baru, bukan terpakai.  Bibliobibuli ada menulis tentang kedai ini.  Di Amcorp Mall juga ada tiga lagi kedai buku selain BookXcess. Ada Popular, ada Paylessbooks, dan sebuah lagi kedai buku terpakai, aku lupa namanya. Banyak pilihan, tapi hati-hati. Jangan sampai jadi bibliobankrupsi. 🙂

Cerita orang makan gaji (6)

Tiga tuntutan yang aku maksudkan sebelum ini adalah seperti berikut:

1.  Dapatkan seorang pembantu untuk aku secepat mungkin.

Beban kerja aku terlalu banyak. Siang dan malam kena kerja. Untuk setiap aktiviti yang akan dijalankan pada waktu malam, aku perlu buat persediaan dan koordinasi dengan semua pihak yang terlibat pada waktu siangnya. Tidur aku tidak terurus.  Walaupun Wayne ada, tak banyak dia boleh membantu, hanya tahu buat konfigurasi sahaja. Aku perlukan pembantu lokal untuk memudahkan komunikasi dengan kontraktor yang rata-ratanya tidak begitu boleh berbahasa Inggeris.

Jawapannya: Memang permohonan telah dibuat, tapi proses kelulusan sangat susah kerana syarikat masih lagi dalam proses penstrukturan semula disebabkan penggabungan yang berlaku April lalu.

2.  Career Development.

Faktor utama aku mahu menukar kerja, bukanlah sebab aku tidak suka kerja ini atau disebabkan tekanan. Tetapi lebih melihat kepada perkembangan kerjaya aku. Sudah hampir tiga tahun aku melakukan perkara yang sama. Sudah jadi rutin. Orang kata, pejam mata pun boleh buat. Tidak banyak benda baru yang aku belajar. Aku terperangkap di sini, kerana tidak ada orang lain yang boleh melakukan kerja ini. Sebab itulah aku buat tuntutan yang pertama.  Apabila sudah ada orang yang boleh buat kerja aku ini, bolehlah aku mula terlibat dalam projek-projek yang lain.  Sudah hampir 2 tahun, aku tidak attend mana-mana training, bagaimana mahu berkembang? Jadi tuntutan kedua aku ialah, supaya dibenarkan terlibat dalam projek lain, diberi latihan untuk produk-produk dan teknologi lain.

Jawapannya: Mereka mengakui kesilapan mereka, mengabaikan aspek personal development aku. Mentang-mentanglah aku buat kerja, tak pernah complain, maintain low-profile. Mereka bukan tak tahu, tapi take for granted, orang kata. Ini mereka berjanji akan diselesaikan, ini hutang mereka dengan aku.

3.  xx% Salary Increment.

At the end of the day, money will decide.  Itulah yang aku katakan kepada bos-bos aku.  Aku merasakan bayaran yang aku terima tidak setimpal dengan kerja aku. Jika mereka mahu aku kekal, I must be paid with salary that reflects my importance to the company!  

Jawapannya: Well, aku tak jadi berhenti kan? Hehheh!

Oh ya, Pakchik tanya, cuti aku macam mana? Malaslah nak tulis, biarlah gambar-gambar dibawah ini sahaja yang bercerita. Klik pada gambar. 🙂

Langkawi Trip ’07

Kembali

Aku sudah kembali.  Setelah seminggu bercuti, makan angin di Langkawi. Aku kembali, bekerja.

Oh ya, sebut pasal kerja.  Aku telah menarik balik perletakan jawatan.  Tiga tuntutan aku, walaupun bukan 100% seperti yang aku mahu, telah dipersetujui oleh bos-bos aku.  Alhamdulillah. Sekarang, kembali jadi pekerja yang baik! Hehheh!

Jumpa lagi.