Sembelih

Oleh kerana aku ini bertamadun, tidak seperti segelintir penduduk pangsapuri tempat tinggal aku yang tidak tahu membezakan antara tangga dan tong sampah, maka aku berjalan hingga hujung blok untuk membuang sampah. Sampai di hujung blok, ada 4 kanak-kanak sedang berbual-bual di dalam gelap. Dua lelaki dan dua perempuan.

‘Hah! Dating ke?’, aku.
‘Taklah bang, borak-borak je’, Boy A.
‘Borak apa malam-malam ni, balik buat homeworklah’, aku.
‘Ni dia ni, gatal nak kahwin dengan kakak dia tu’, Boy A menjawab sambil menunjuk ke arah Boy B dan Girl  B.
‘A’ah, esok nak kenduri’, tambah Girl A.
‘Ya ke, berapa ekor kau nak sembelih?’, layan aku.
‘Lapan’, jawab Boy A.
‘Abes kau punya tu, dah sembelih ke belum?’, aku.

‘Har har har!’ tawa berderai. Girl A terguling-guling.

(Hahaha, dia orang tak tahu yang aku ini Tok Mudin! Har har har!)