Weekly Wrap : A sad week… very very sad!

Assalamualaikum wbt…

Berakhirnya satu minggu lagi dlm kehidupan ini… menyaksikan berakhirnya kehidupan (di dunia) seorang ‘kakak’ dan bapa seorang sahabat.

Khamis (16/12/04) akan menjadi hari yang akan sentiasa dikenang… perginya seorang ‘kakak’ yang tak mampu utk. aku lakarkan segala kebaikannya dan tak mampu kucari walau satu keburukannya. Dia akan pergi selama-lamanya… namun ku yakin… jasadnya pergi… namun kehadirannya akan sentiasa kami rasai.

Sehari selepas pemergiannya… berbagai coretan mengenainya tersiar di blog2 Kak Hany, Kak Ieka, Kak Iena dan mungkin ramai lagi… namun aku tak mampu utk. berkata apa2. Insya Allah… almarhumah Kak Shikin @ Nuun akan ditempatkan di sebaik2 tempat kembali… berbahagialah dia disana… kita disini… terus persiapkan diri… masa kita boleh tiba bila2 saje…

Memang sudah menjadi amalan harian ku… bile online… laman2 yg wajib aku layari setiap hari adalah blog2 yang telah kusebutkan tadi.. tidak ketinggalan blog Kak Nuun. Dan pada hari2 mendatang… akan kuteruskan amalan ini… walaupun ku tahu… salah satu blog itu tak akan di’update’ lagi. Well… she is not just another blogger…

Hari ini… tidurku digangu lebih kurang jam 4.30 pagi… 2 SMS.. dr Abg Amir n Nazrul… memberitahu berita pemergian ayahanda Jas. Alfatihah. Takziah utk Jas n family. Pagi tadi.. sempat ziarah kesana… dan sebelum berpisah dengan Nazrul tadi.. pesan aku ” No more sad news, please…”

Wassalam.

mudin001: after all… death is the only way to heaven 🙂

Tinggalkan komen