Review buku Hadharah Islamiah

Aku masih berhutang dengan seorang sahabat yang meminta aku tulis review untuk buku Hadharah Islamiah bukan Islam Hadhari oleh TG Abdul Hadi Awang. Memang, antara perkara yang aku nak buat, tapi tak dapat buat sampai sekarang ialah menulis review untuk buku-buku yang aku baca.

Menulis review bukan kemahiran aku. Amat sukar rasanya. Satu sebab utamanya, seperti yang aku nyatakan di blog Bro Rol, ialah aku takut tidak dapat berlaku adil terhadap buku yang aku baca.

Menulis review memang susah. Amat sukar sekali untuk mencari perkataan yang dapat justify perasaan kita apabila membaca sesebuah buku. Lagi sukar untuk menulis tentang sebuah buku supaya orang yang membaca review itu boleh tahu buku itu sebagaimana kita ingin sampaikan. Sekurang-kurangnya bagi saya.
Sebab itu jumlah review yang saya tulis sangat sedikit berbanding buku yang saya baca.
I cannot do justice to the book that I read with my review!

Apatah lagi untuk mengulas karya ulama besar seperti TG Hj Hadi. Ada sesiapa yang boleh menolong aku melunaskan hutang tersebut?

5 Respons

  1. aku nak sangat tolong kamu din…

    cumanya aku tak pernah baca buku tu.

    tak adil la kalau aku nak ulas buku yang belum aku baca kan….

    kekekekek…..

    Tok Mudin: memang tak adil! hehe 😀

  2. x dpt den nak nolong..
    x penah baca.. hehe..

    Tok Mudin: pergilah baca! :>

  3. bagi aku pulak, review is something what u felt about the book that u’ve read kan… then, it must be something from ur deepest heart and view. so, adil ke, tak adil ke, memang takder sepatutnya. there’s no right or wrong dalam review sbb ianya buah fikiran kita kannnn… i think so… hehe…

  4. berapa kau nak bayar?

    Tok Mudin: berapa kau nak? haha!

  5. Saya cadang kita lupakan saja tentang idea menulis reviu/ulasan dan sebagainya dan tulis tentang perasaan serta pengetahuan baru yang kita dapat daripada sesebuah buku supaya orang lain berbincang mengenainya ataupun sekurang-kurangnya yang belum tahu akan tahu tentang kewujudan buku itu. Berkongsilah tentang apa-apa yang menarik dan petik apa yang boleh kita sama-sama renungkan. Itu pun cukup OK rasanya.

    Memang nak tulis ulasan buku agama bukan senang. Nak mengkritik bukanlah layak kita ni. Sekadar memberi koman tentang perkara teknikal (suntingan, mukataip, rekaan kulit muka) mungkin boleh sebab itu kerja penerbit, tapi nak mengkritik isi… lebih kita jangan.

    Lagipun saya pernah dengar yang ada ulama yang akan sembahyang sunat sebelum menulis kitab mereka. Sebab itu tulisan mereka akan meninggalkan kesan kepada rohaniah kita. Allahua’lam.

    Tok Mudin: setuju 🙂

Tinggalkan Jawapan kepada el Batal balasan