Respon terhadap Boikot (2)

Tindakan PAS dan PKR mengumumkan boikot terhadap PRK Batu Talam mengundang pelbagai reaksi. Antaranya:

Bacalah kalau berminat.  Mereka pastinya lebih masak dengan sepak terajang politik berbanding Tok Mudin. Haha!

Respon terhadap Boikot

Abang Rahimi (senior Tok Mudin di kampus) memberi respon panjang terhadap Boikot Batu Talam. Antara lain berbunyi begini:

the boikot decision is made based on the recent statement by SPR chairman that our election is never been free or just. this action also to show to the world that there are something wrong because our govt use the excuse that opposition participate in the election, means oppositions are satisfied. hopefully the world will dig on malaysia election practices and pressure the govt to correct it.

Ini pandangan saya yang serba kerdil dalam politik. Saya menyokong 100% kalau benar PAS dan PKR benar-benar akan memboikot pilihanraya ini, dan juga pilihanraya-pilihanraya yang akan datang. Malah, itulah yang saya rasakan paling patut selepas proses pilihanraya yang memalukan dalam PRU yang lepas.

Tapi, saya takut ia hanya gimik, sepertimana asumsi (assumption?) ramai pihak. Bagaimana kalau pada hari penamaan nanti, tiba-tiba PAS/BA menghantar calonnya? Tidakkah ia memberi kesan negatif kepada kredibiliti PAS/BA.

Jika alasan boikot sekarang adalah kerana ketidakpercayaan terhadap SPR dan ketelusan proses pilihanraya, jika pada masa akan datang PAS kembali menyertai pilihanraya, adakah bermakna PAS telah mengiktiraf SPR dan proses pilihanraya di Malaysia sebagai telus dan adil? Bagaimana jika PAS kalah. PAS sudah tidak ada alasan lagi terhadap kekalahan itu!

Takut jadi macam seorang lelaki, yang bersaing dengan seorang lelaki lain untuk memikat seorang wanita. Tapi menyembunyikan hasratnya, apabila menyedari dia tidak mampu untuk menyaingi lelaki lain tersebut, yang nyata lebih kaya (walaupun perompak), lebih licik dan lebih pandai menabur janji (walaupun bohong semata-mata). Apabila ditanya orang, dia mengatakan tidak berminat.  Sepatutnya, dia lebih bersungguh-sungguh untuk memikat wanita itu, menzahirkan keikhlasannya,  mendedahkan kejahatan dan pembohongan si lelaki yang seorang lagi itu.

Memang, cakap memang mudah. Tapi itulah yang saya rasakan ketika ini. Wallahua’lam.