[Tagged] Pelik

Aku sebenarnya malas nak buat benda ni. Tapi disebabkan 2 orang yang pelik, adikyah dan kingbinjai telah cuba merisik kepelikan aku, dan kerana takut dikutuk dan dituduh anti-sosial, maka terpaksalah aku buat juga. Aku pun tak pasti apa yang pelik tentang aku. Kalau tanya Ummu Adam, mesti dia cakap banyak. Pelik dan mungkin memalukan. Untuk tidak memalukan diri sendiri, biarlah aku sendiri cerita apa yang aku rasa pelik tentang aku. Yang memalukan itu tinggal dalam rumah.

  • Aku tak suka makan makanan dengan sos. Tak kiralah sama ada ia french fries, nasi goreng, burger McDonald, ayam KFC atau apa sahaja. Aku suka makan begitu sahaja tanpa sos. Dan aku cukup pantang apabila aku order nasi goreng di kedai makan, dia rajin pula pergi letak sos atas nasi tu. Oi, aku minta nasi gorenglah, bukan minta nasi goreng dengan sos. Pernah sekali, Ummu Adam beli fries, sos di taruk terus ke dalam plastik itu. Ceh! Memang aku tak sentuh. Lepas itu, Ummu Adam dah tak buat lagi, hahaha!
  • Aku tidur meniarap.
  • Masa tidur, sebelah kaki aku akan bergerak-gerak. Sampai aku lena. Dah lena tu, tak tahulah pula, samada ia masih bergerak atau tidak.
  • Aku paling tak suka orang yang buat lawak, tak lawak, tapi dia gelak sendiri. Ala-ala Abby Fana di Sinar FM. Memang aku kutuk punya, Ummu Adam juga yang jadi pendengar setia. Hahaha!
  • Aku suka baca banyak buku dalam satu masa. Walhasilnya, banyaklah buku-buku yang tak terhabis baca.

image_00108.jpg Sebahagian daripada buku-buku yang sedang aku baca.

  • Ini bukan perangai pelik aku. Ini fizikal aku. Dan ia bukan pilihan aku. Ia kurniaan Yang Maha Pencipta. Kuku-kuku jari kaki dan tanganku pendek-pendek. Hahaha! Tak ramai yang aku jumpa orang berkuku macam aku ni. Salah seorang daripadanya ialah cikgu Bahasa Inggeris aku di SK Bukit Jering dulu, Cikgu Johari. Aku mencari cikgu ini, salah seorang cikgu favourite aku. Kepada Cikgu Johari (SKBJ, 1993), atau sesiapa yang mengenalinya, tolong hubungi aku.

image_00107.jpg Ibu jari tangan kiri aku.

Jadi, cukupkah kepelikan itu? Cukuplah ya! Kalau diikutkan, aku kena mencari kepelikan 6 orang lagi. Tapi aku tak suka kenakan orang. Tambahan pula, pengunjung blog ini kebanyakannya pembaca senyap. Aku pun tidak tahu siapa yang berkunjung disini. Tapi aku tahu ada, kerana pageview setiap hari tidak kurang 200. Untuk itu, aku tidak akan namakan sesiapa. Kalau ada yang rasa nak buat, buatlah, dan tinggalkan link anda di bahagian komen di sini.

Ah! Pelik!

15 Respons

  1. hehehehe….
    jari kontot-kontot…..
    hehehe…memang pelik ada lelaki yang jari camtu….
    pernah menjadi perbualan antara aku ngan x-roomateku yang dah jadi roomatemu….
    hehehe…
    satu lagi yang jadi perbualan kami suatu ketika dulu adalah kakimu….hehehe…
    nak tau apa dia..?
    tanyalah roomatemu….hehehehe

  2. tak pelik lah ha ha ha

  3. haha.. komen pasal rumet-rumet tu, entah apa la lagi mereka mengumpat pasal ko dulu kan din.. haha..

    dan.. kau… pelik juga…

  4. kekeke niza byk nye yg kita bualkan, mesti rumetku dah x sabo nak tau apa ceritanye 😉

  5. hehe….lawak gak jari kau 2…jarang org ya cm 2…mybe ada rezki n hikmat d sbalik 2…hahaha..insyaalh kn…:]

  6. hehe…………..x pelik r

  7. setiap manusia tu unik

  8. sebenar orang tak tanya kepada tuan punya badan, apa yang pelik tentang kamu. Mana ada orang yang rasa pelik dengan diri sendiri, abis-abis dia kata dunia ni yang pelik pasal tak setuju ngan dia.

  9. Sama la kita, anti-sos.

  10. niza, kamu mengumpat… dan mengintai kaki aku ya? isk…!!!

    king, kamu yang pelik! hahaha!

    pakchik, ya, yang mengumpat aku itu memang pelik… dan kamu… pelik juga!

    ummu adam, !!!

    ashraf, lawak? ah, peliklah kamu ni!

    kl peace, peliklah kamu!

    zaitu, ya, dan kamu juga pelik!

    rol, kamu anti-sos? kamu seorang sahaja yang tak pelik… hahaha!

  11. adikyah suka sos, tapi tak suka kalau makanan yg dah mmg sedap letak sos lagi. terus jadik tak sedap he he he . .
    adikyah lebih prefer kicap atau dalam loghat adikyah tokyu keh keh keh [tp tak pernahlah try lagi burger atau french fries letak kicap..]

  12. adikyah, kamu tak berapa pelik! hahaha!

  13. eh xpelik la tp pelik jgk kau ni kn.. hehe

  14. hai zaitu pe kabar

  15. syukur je kpd tuhan

Tinggalkan komen